Tuesday, April 28, 2009
Lets talk about my labor experience - part 3
Sape nak cepat beranak kasi panjat itu tangga....
Bila aku tau ketuban aku dah pecah, ape lagi, aku pun tekan la button panggil nurse, nurse pun datang la dan bila aku bg tau air ketuban aku dah keluar dia suruh aku g bilik yg tak jauh dari bilik aku untuk di check. Check ape ? check bukaan la, aku memang tak suka part ni, tak selesa satu hal, sakit satu lagi hal, tapi takde la sakit mane, boleh ditahan lagi. Nurse tu kata baru bukak 1 cm. Since ketuban aku pecah sendiri, nurse kata doctor tak payah la nak induce, tunggu jalan bukak sendiri je. So aku pun balik la kebilik aku yg maha sejuk tu dan tunggu, tunggu, tunggu……..By the way, aku pernah dengar orang kata kalau keluar tanda air(ketuban) bersalin tak sakit, tapi kalau keluar darah bersalin sakit. Aku nye kes, tak lama pas ketuban pecah, darah pun keluar jugak sikit2, so adekah akan sakit atau tak?
Lebih kurang kul 10pg camtu bersamaan dengan 31/7/2008 hari Khamis, ade pesakit ditolak masuk ke bilik aku, ke katil sebelah yg kosong tu. Canteg la, takde aku boring sorang2. Sekali kan, aku tengok pompuan yg terbaring tu cam familiar je. Member KOSASS la beb. Roslina nama dia (actually aku tak ingat nama dia, tapi aku baca kat kepala katil tu, ade tulis,hehehe). Anyway aku tau dia pun tak ingat nama aku, sebab bila aku tegur “ macam kenal je”, dia pun jawab la” A’ah la, budak KOSASS kan”…ya, aku budak KOSASS…hehehe…what a small world, tiba2 boleh pulak kawan satu Kolej mase kat UPM dulu pun bersalin kat Putrajaya dan dok sebilik pulak dgn aku. Tapi dia dah bersalin, aku ni ha elok je duduk macam orang sakit tapi tak sakit2, macho je. Roslina baru pas bersalin anak lelaki, boleh tahan besar baby dia, tak silap aku 3.5kg padahal dia sendiri cute je, bersalin normal okay. Cayalah ( aku memang kagum kalau orang boleh bersalin baby besar secara normal). Dia kata dah bersalin awal pagi tapi pastu tertido kat labour room tu. Dia kata dia tumpah darah, tapi alhamdulillah takde ape2 cume letih je la.. Tapi kesian la, bila dia jalan nak ke toilet darah menitik2 kat lantai.
Tak lama pastu kawan2 dia pun mula la datang melawat, pompuan ade, lelaki pon ada. Aku ni ha, laki aku je la sedia menemani aku bila waktu melawat tiba. Aku pun dengar la dia bercerita pasal experience dia, tapi dia pon cerita control2, taknak takutkan aku katanya.hehehe. Takut ke aku ? tah la, aku sebenarnye at that point dah tak sabar nak beranak, lagi2 bila tengok sorang2 ibu2 dah beranak dan dah pegang baby. Rase suspen tu ade la jugak sebab tak tau contraction tu cemane rasenye, sakit bersalin tu cemane pulak, tapi alhamdulillah rase takut tu takde. Lagi2 aku pun dah naik boring duk kat wad tu. Laki aku pun boring2 tak buat ape, dia ajak aku jalan2, kata kul 2pm sampai 4pm pelawat tak boleh masuk, so aku la keluar temankan dia pulak. Jalan2 la kat dalam hospital tu dah laki aku kata kene banyak berjalan, dah habis jalan dia ajak panjat tangga pulak ( laki aku kata officemate dia bg petua panjat tangga bg cepat bersalin). Aku pun panjat la tangga hospital putrajaya tu dari ground floor sampai yg paling atas tu, rupa2nya ade executive ward kat atas tu, class sgt. Tapi Hospital putrajaya takde la tinggi sangat, 6/7 tingkat je. Dah sampai atas, kitorang turun tangga la pulak. Seronok jugak tau, at least berpeluh sikit badan aku, dari duduk je kat dalam bilik aku yg sejuk tu. Bila watu melawat dah masuk, kitorang pun balik la bilik. Mase tu rase cam bercinta sangat ngan laki, sebab dia setia disisi aku kan, makan pon sharing2 la, suap2 la bagai..hhehe.
Tiba2 masa kitorang tengah bergurau2 senda tu lebih kurang kul 5.30pm tiba2 aku rase sakit perut cam senggugut, mula 2 sikit je, pastu makin sakit, makin sakit, makin sakit sampai tangan aku menggenggam kuat besi katil aku dan air mata aku tiba2 meleleh menahan sakit. First contraction ( berkesan jugak petua panjat tangga tu kan). Aku pun tak pasti berape lama sakit tu datang tapi bila hilang je rasa sakit tu, laki aku boleh gelak, siap cakap “ ha, meleleh air mata ‘..hampeh betol…tapi aku tengok dia gelak, aku pun tergelak jugak…heheheh…bongok kan kitorang. Tak lama pastu datang lagi, aku tahan lagi. Entah kenapa aku tak panggil nurse mase tu, aku rase selagi aku leh tahan aku tahan je la dulu. Kul 6 dinner pun sampai, tapi aku dah tak lalu makan sebab sakit. Laki aku nak suap pun aku tak nak, aku suruh dia je makan, dia pun makan la, hehehe. Boleh tahan jugak sakit contraction kan. Memang setiap kali sakit tu datang air mata aku meleleh tahan sakit, tapi aku tak menangis okeh, menjerit pun tidak. Aku tahan sungguh2, mulut rapat nih. Roslina pon perasan agaknye aku tahan sakit, dia kata ‘ selawat banyak2 ‘.
Lebh kurang kul 6.30pm camtu aku panggil nurse, sebab rase sakit tu dah makin kerap. Nurse pun dtg la, mula2 dia rase perut aku jek, pastu dia bawak mesin CTG tu, nak check kekerapan contraction tu. Contraction memang dah makin kerap, nurse tu suruh aku g bilik tadi untuk check bukaan jalan. Aku tak suka bilik tu, katil dia tak selesa, tapi aku gagahi jua la. Nurse kelate check aku, nurse yg ni memang nampak cam kasar dan besar skit tapi dia baik. Dia suruh aku baring dan dia pun check jalan, mula2 dia check biase je, pastu makin kuat tangan dia mencucuk2 kat situ, agaknya kaki aku dah mula kepit la sebab pastu nurse tu cakap “ puan jgn la macam ni puan, saya nak tolong puan ni”. Tak lama pastu nurse sorang lagi masuk tanya ape dia buat, aku nampak dia kenyit mata sebelah sambil bisik2. Siot jek, ingat aku tak nampak la tu, tapi aku dapat agak. Aku rase tadi dia besarkan jalan aku, tu pasal la sakit. Aku pernah terbaca kat forum pasal doctor masuk jari tolong besarkan jalan ni. Nurse kata jalan dah bukak 4cm, dah boleh masuk labour room. Okeh aku ready. Pastu dia masukkan something kat dubur aku dan lepas tu aku immediately rase nak berak yg tak tertahan2 lagi, aku memang nak lari je g toilet tapi nurse tu sibuk nak cakap ngan aku, dia suruh aku datang balik bilik tu pas buang air besar. Pastu berdesup aku masuk toilet, memang laju pun semuanya keluar. Lege gile..hehehe
Keluar toilet aku perasan Zira ngan laki dia dah ade kat bilik aku, tadi aku macam ala2 perasan ngan tak sebab dah nak terberak sgt, tak sempat nak pandang.hehehe. Minah tu boleh pulak g bg tau nurse kata aku lom makan lagi, aku dah la tak larat nak makan, jgn nurse paksa aku sudah. Sudahnye aku cakap aku minum air kotak Milo je la. Aku pun bawak la sekotak air milo minum sambil nurse tolak aku pakai wheel chair g labour room. Laki aku ngan Zira dan lakinye aku dah tak tau ape cerita dah. Diorang g ikut luar la kot. Dalam hati aku rase excited je sebab mase dah time nak bersalin, tapi suspen sebab aku dok bayangkan cemane agaknye keadaan bilik bersalin tu ?
Bersambung…………
p/s : Aku tak sempat ikut petua MK suh bersolek siap2 sebelum masuk labour room sebab contraction dtg tiba2, aku tak ready, pastu terus tak larat dah nak make up walau pun aku bawak make up dalam beg, ade hati gak,hehehe…so muka aku sememeh je g beranak..hehe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
eyda, k.dalia anak 1st contaction 24jam, cam nak pengsan, ala2 serik beranak, tpi anak dah 3 dah, hehe.. bila dah beranak tuh mata merah, bawah mata itam, dahi kedut tak ilang..huaargh, ngeri la kalau citer, tpi kita pun tak terjerit, ala2 ketap bibir and kedut dahi je..
mata merah ke kak? kedut tak hilang? seram gak tu...eyda tak perasan plak ade ke tak kesan2 tu sebab pas beranak terus tido, letih tak hengat....
tapi terrer kan org pompuan, walau pun seram, anak tetap bertambah...
hahaha, i bet.. but masa memula preggie 2nd and 3rd tuh, mogok kat hubby jab, sebab geram, memory labor lum ilang, dah kena go through it again, hahaha, nampak dia je, saya debil lengan dia barang 3, 4 kali, geram tau, sebab amat sakit tau.. anak no 3 pun sakit 12 jam, huaaaa..:)
hehehe..tapi kan masa tengah sakit tu la boleh marah2 laki lepas geram tak hingat dan dia pon tak marah balik...kalau time lain jgn harap boleh lepas geram suka2 hati...so, marah sajek...hehehe
Post a Comment