Tuesday, April 21, 2009

Lets talk about lotions, pregnancy and Sasha Elite

Lebih kurang dalam bulan lepas, aku tiba2 terasa nak pakai mask after berape lama tak pakai ( cam dah 2 tahun jek,hehe), pastu bila teringat nak pakai risau Iman takut pulak tengok muka aku karang bila dah ditepek clay mask tu. Tapi since adik ipar aku nak kawin, aku pun service la muka ( tak nak kalah ni, adik yg kawin, aku pun nak melawa jugak,hehehe) dan surprisingly Iman tak takut pun tengok muka aku camtu, dia selambe je, dia tau disebalik topeng itu adalah mama dia.

By the way, mase aku mencarik2 mask tu aku terjumpa jugak la bende2 lain dalam cabinet tu yg bersusun dengan banyaknye dan mostly masih penuh berbotol2. Lotions. I have a lot of them and I seldom use them. Ade antara lotion tu aku tak pernah pakai langsung. Ntah kenape aku beli at the first place ntah? Kerana aku suka membazir la tu,hehehe. Antara lotion yg ada ialah, sebamed body lotion, Victoria secret pear glace body lotion, Victoria secret pear glace hand lotion, Victoria Secret body butter, Victoria Secret shimmer me sexy (set VS ni barang hantaran kawin, baru pakai hand lotion je yg lain tak berusik, boleh gitu), Ralph Lauren Hot hand lotion, Polo black moisturizer, Shaklee body contour cream dan beberape CK punye moisturizer dapat bila beli perfume. Punye la banyak pastu tak pakai pon, dan kalau aku pakai pon bila pulak nak habis pakai? Tapi kalau tak dipakai2 lagi la tak habis ye tak. So aku tiba2 terasa cam nk menggunakan lotion2 yg aku ade tu from time to time supaya tidak membazir sekali gus menjadikan kulit ku kembali mulus seperti semasa dizaman kegemilangan aku dulu ( semasa muda la tu).

Kenape dari dulu tak pakai-pakai ? Actually dulu2 rajin jugak pakai (masa bujang) tapi bila dah kawin masa untuk diri sendiri itu makin kurang so lama2 dah lupa nak pakai lotion2 ni semua. Bersiap pun nak cepat2 je. Adekah ini alasan ? Mungkin ade orang yang kata “ orang perempuan ni macam tu la, bila dah kawin je mula la tak jaga badan dan penampilan, mane la laki tak cari lain’. Mesti ade punye orang yg akan cakap macam ni. Aku selalu dengar. Rasa nak lempang je mulut jahat orang tu pastu nak ketuk kepala dia ngan payung sebab cakap main sedap je, tak pakai otak.

Ade sekali tu aku tengok wanita hari ini, dia cakap pasal penampilan semasa mengandung and how important it is to always look nice and pretty even though during your pregnancy. Tetamu jemputannye pulak, Sasha elite yg baru mengandung dan dia pun sokong la topic ni, dan dia sendiri pun sejak mengandung anak sulung ni menjaga ape yg dia pakai supaya nampak cantik. Aku pulak agak tersinggung dan menyampah bila dengar diorang ni berbincang, terus tukar channel. No offence to Sasha, tahniah sebab bakal jadi ibu tapi aku tersinggung bila ade yg rase topic ‘mesti menjaga penampilan semasa mengandung tu’ appropriate dibincangkan.

Personally, in my opinions, semua perempuan nak selalu nampak cantik, jgn kata masa mengandung, kalau boleh masa berak pun dia nak nampak cantik sebab dah memang nature perempuan tu dijadikan macam tu, dan lelaki pulak suka pada perempuan yang cantik. Sebab tu la lelaki2 ni boleh tertonggeng, terbalik, tergolek, terjatuh cinta kan perempuan2 tu pastu nak kawin. Tapi bila dah kawin dan perempuan2 mula jadi tak secantik dulu, kulit tak semulus dulu, badan tak sewangi dulu, rambut dah tak selembut dulu, lelaki2 ni mula rasa perempuan take for granted. Tahukah mereka berape banyak masa yg perempuan gunakan untuk memaintainkan kecantikkan mereka?

Mandi kene 1 to 1 half hours – untuk mandi, cukur bulu satu badan, scrub muka, scrub badan dgn body scrub, shampoo rambut, pakai conditioner, pakai hair mask, hot oil dll…

Bersiap kene 1 hour – cabut kening, pakai face toner, pakai moisturizer, pakai body contour lotion on certain part of body, pakai body lotion satu badan, pakai cream for crack heels dll….

Make up 1 to 1 half hours – untuk pakai foundation, bedak, eye shadows berlayer2, eye liner, curl eye lashes, mascara, eye brows, blusher, lip protector, lipstick, lip gloss, touch up bedak, blow rambut, siapkan rambut pulak dll…….

Facial maintenance at least twice or once a month ( i.e wap muka, masker, clear pore dll…)

Lepas tu baru la boleh pakai baju, sembur perfume, pusing2 depan cermin besar sampai puas hati, angkat handbag, pilih kasut dan jalan jumpa boyfren yang kucigtaik….

Tapi perkara2 diatas lelaki tak nampak perempuan2 tu buat, yg dia nampak, bila dia jumpa gilpren dia dah siap wangi cantik anggun menawan disukai ramai lalu dipimpim la tangan perempuan ni dengan bangga sampai kembang2 hidong sambil dalam hati rase dialah lelaki paling bertuah sebab girlpren dia paling cantik dalam donia. Tapi lepas kawin ade ke masa isteri2 nak bersiap lama dan memanjakan diri sendiri macam tu. Nak kene sound ngan laki ade la dah kata lelaki ni kan tau nak cepat je siap terus jalan. Bini bersiap lama sikit mula la membebel kata perempaun ni bersiap berjam-jam la bagai. Ade can kah bini nak cantik maam zaman anak dara ? lu pikir la sendiri. Kat rumah pulak lum sempat nak sapu losyen kat badan, anak dah merengek2 mencarik mak dia nak itu ini, tinggal segala losyen, la toner la jadah sebab kepala dah ingat anak je. Dimana agaknye masa boleh dicuri isteri2 ni untuk memaintainkan badan cam time anak dara ? lu pikir la sendiri?

Tapi mesti ade jugak yg bunyi “ ala, ade je perempuan yg boleh cantik2, kalau keluar tu melawa bukan main, kalau org tengok pon tak sangka dah ade anak sebab cun habis”. Korang rase berape gaji laki2 diorang dan berape orang agaknye maid perempuan tu ade yg buat semua keje rumah dan jaga anak2 dia? Ade yg lagi best perempuan2 tu tak keje, dok umah, ade maid, laki bg elaun bulan2, keje dia memang jaga kecantikan je, g spa, buat facial, manicure pedicure, g saloon highlight rambut, shopping. Itu yg bila mengandung pun boleh je melawa. Kalau diorang tu hidupnya macam kebanyakkan perempuan yg kene bangun pagi2, buat breakfast, basuh pinggan mangkuk, sidai kain baju, pegi dan balik keje naik train, panjat tangga monorail hari2 dan berhimpit2 dengan orang ramai, kalau nasib baik dapat duduk, kalau tak kene diri, balik keje pulak kalau takde anak boleh la baring kejap( sebab sakit pinggang), kalau yg ade anak dah nk kene layan anak pulak, bg anak makan, masak dinner, lipat kain, tidokan anak, by the time anak dah tido diri sendiri pun dah letih. Jadi sila beritahu aku kat manekah mase untuk perempuan itu melaram dan melawa2 bagai.

Tu belum lagi aku sentuh bab duit. Tahniah la kepada Sasha sebab dia mampu nak berbelanja membeli baju yg lawa2 supaya boleh kelihatan cantik ketika mengandung dan membahagiakan suaminya sebab ade isteri yg cantik sepanjang masa. Untuk perempuan2 bekerja dgn gaji sederhana macam aku ni pulak, ingat aku tak teringin nak beli baju mengandung comel2 color pastel tu, aku teringin jugak tapi tak mampu nak beli, baju mengandung pon bukannye murah, mahal okey, sudahnye aku beli je baju mase sale yg takde cantik mane. Lagi pun duit aku tu baik aku buat belanja beli barang2 baby yg memang banyak nak kene beli dan bukannye murah jugak. Itu pun kene beli sikit2 tiap2 bulan sebab kalau nak beli sekali gus memang tak cukup duit. Tak pun tunggu ade sale kat Sogo. Jadi korang paham tak kenapa aku rase marah dan menyampah bila tengok wanita hari ini beria2 bincang pasal ‘ menjaga penampilan ketika mengandung’, macam kan isu tu isu negara sedangkan realitinya semua wanita nak kelihatan cantik sepanjang masa tapi tak semua wanita itu mampu dari segi masa, tenaga dan wang ringgit untuk tampil cantik sepanjang masa. Dan aku bukan bagi alasan, aku dah terangkan dengan jelas dan nyata. Kalau ade yg kata perempuan suka bg alasan takde mase nak jaga penampilan lepas kawin tu memang aku baling ngan terompah cina warne merah tu.

Kalau aku kaya cam diorang ni aku pun nak lawa camni mase mengandung.

p/s : panjang pulak post aku kali ni, dan agak emo pulak tu, ade kah aku tengah datang bulan ? lum lagi, tengah tunggu hari la ni.

4 comments:

MK said...

sian ko emo2.. tp aku setuju gak panel yg dipanggil tu tak cukup power. apa kata dia panggil cik timah dr kg linsum ke jadik panel instead of sasha tu kan..kan..

tgk lak cara cik timah nak cantik camno?

eyda said...

betooooolll...baru la kagum tengok cik timah dengan gigih nak maintain meletop, baru la power..

dal said...

kecantikan berkadar lansung dengan modal yg besar. No doubt.

Anonymous said...

ahaks, emo-yes, issue anda betul-laagi yes.. mmg family matters occupying most of wieves life, and modal too... mana nak cukup ye dak, takkan nak dulukan barang muka dri pampers..*sigh*..