Tuesday, April 7, 2009

Lets talk about my labor experience - part 1

Ya kawan2, harini aku nak cerita kisah2 gerun dan hospital sahaja gitu, boleh ke? Suka hati aku la kan. Takde, sebenarnya tadi aku singgah forum ibu2 yg suatu mase dulu aku selalu lepak kat situ untuk bersembang dan baca pengalaman ibu2 lain bersalin dan sebagainya, dan pada waktu tu, semua informasi tu sangat membantu aku untuk prepare dari segi mental. Fizikal aku pandai2 prepare sendiri tu yang mengembang lebar ketepi tuh. Oleh kerana itu hari ni aku feeling2 flashback masa aku baru2 jadi ibu supaya kalau ade wanita2 kat mana2 pun la yang tengah dok menghitung hari tu, atau untuk puan2 yang sedang mencuba mendapatkan baby macam kawan aku sorang tu (you know who you are) boleh la korang get a little bit of idea on how this process goes. Although different people might go through it differently, this story is about my personal experience and how I went through it from the beginning till the end. So sape nak baca, baca, sape tak nak sudah.

Alkisahnya aku due pada 30/7/08 (kebetulan tarikh tu isra’ mikraj) tapi aku tak rasa sakit langsung mahupun ade sebarang tanda yang menunjukkan aku nak bersalin. Aku relek je lagi2 dah seminggu duk relex lepak kat rumah sebab aku mintak MC dari gynea seminggu sebelum due dengan niat supaya takde la aku terberanak kat office ke atau lagi horror terberanak dalam monorail atau kl sentral, waaaaaaaa. Tapi dah sampai due date pun aku still macho lagi. So aku g la jumpa gynea sebab memang haritu ade appointment untuk jumpa gynea since aku pun tak bersalin lagi. Gynea pun check dan scan, dan dia kata ikut estimation dia baby aku besar around 4kg dan dia recommend supaya aku tak tunggu sakit sebaliknya terus induce je sebab takut kalau tunggu nanti baby dalam perut aku makin besar. Dah dia kata macam tu aku pun setuju la nak induce tapi aku nak g putrajaya sebab in case kalau kene ceaser ke (since baby besar kadang kene ceaser) takda la cost melampau sgt, dah kata company aku ngan laki aku dua2 tak cover maternity. Gynea aku pun bg aku referrel later untuk bersalin di putrajaya dan kitorang pun terus pegi, lagi pun memang aku dah standby semua barang aku dan baby dalam kereta, senang la cerita. Sebelum tu sempat dulu g kedai makan, breakfast nasi lemak ngan the ais, sebab konon2 nak beranak memerlukan tenaga, kene makan.hehehe. Sampai Putrajaya dalam kul 11 pagi, terus g wad bersalin nak daftar. Itu la first time pon aku g Hospital Putrajaya tu, risau jugak takut kene maki since tak pernah check up kat situ tiba2 datang bawak perut nak beranak kan, tapi since aku ade referral letter dari gynea aku ngan kad merah aku yg complete ngan segala monthly info la blood test bagai, aku confident la skit, nurse tu pun baik je, dia tengok aku bawak semua dia pon tak soal banyak pun terus suruh aku masuk and check.


Tiba2 jumpa gambar aku tengah membuyung, masa ni aku 8 month preggy.

Satu department g makan buffet kat Novotel, besar tak perut.

Macam bagus je aku datang menyerah diri untuk diinduce kan, orang lain semua sakit baru g, tapi aku pun dah tak larat sebenarnya nak bawak perut and time tu rase memang tak sabar nak beranak, induce pun induce la. So aku pun masuk la wad untuk di check, laki aku tunggu la kat luar. Since aku datang pakai seluar nurse tu bg la kain sarung warna pink, aku pun tukar la, pastu dia pon check la, scan la, pasang ctg la semua pastu dtg dr muda, dia kata dia scan baby aku dia rasa dalam 3.4kg je tapi nanti kita tanya Dr la. Dia bukan Dr ke? Oooo Dr pelatih, patut la muda gile. Tapi nurse2 ngan dr2 kat situ semua baik2 jek, senyum2 jek takde yang garang seperti yg selalu aku dengar. Dah check tu dia hantar aku kat bilik menunggu, sebab wad takde kosong. Tengok2 dah ramai dah yg menunggu dalam bilik tu, selain aku ade lagi 4 puan2 mengandung tengah tunggu sambil duduk kat kerusi dgn muka berkerut2 sebab diorang semua dah sakit. Aku jugak yg maintain macho tak sakit langsung dan aku sorang je yang pakai kain sarong pink hospital, puan2 yg lain semua either pakai jubah mengandung tak pun kain batik,diorang tengok aku pun cam ganjil jek,hehehe. Pastu nurse tu bg kitorang nasi beriani ngan mineral water, sedapnya, haruslah aku makan best je lagi pun dah tengahari, puan2 yang lain makan ala kadar je sebab sakit. Kesian diorang sebab kene tahan sakit sambil duduk kat situ tapi nak buat macam mane, wad penuh. Yang bestnye bilik yang kitorang duduk tu sebelah bilik bersalin so sambil tunggu tu kitorang dgr la bunyi orang menjerit2 nak beranak, pastu dengar cam ramai je orang suruh “ PUSH, PUSH, TERAN LAGI, SIKIT LAGI, BAGUS, SAMBUNG LAGI, SAMBUNG LAGI, SIKIT JE”. Macam best je kan. Pastu kejap2 karang aku nampak la nurse sorong katil ibu2 dengan baby kecik kat sebelah.

Berjam2 jugak tunggu, pukul 2 ptg sorang nurse datang panggil name aku sedangkan ibu2 yang lain yang lagi dulu sampai tak dipanggil, semua orang muka pelik je, ade sorang cakap “ dia ni special case ni” . Memang la special case, sebab aku pakai kain sarong pink,hehehe.Takde maknenye. Rasa bersalah pulak aku sebab puan2 yg tgh sakit tu tak dipanggil tapi aku ikut je la nurse tu. Nurse cakap nak bawak g jumpa Dr pakar dan suruh aku ikut sorang nurse senior ni. Nurse senior tu serious aku takut tgk muka dia, aku cuba jugak senyum tapi dia buat donno je. Aku dah selalu dgr cerita nurse yg garang2 kat gomen so aku budget2 kalau aku baik ngan nurse diorang baik la ngan aku. Tapi yg sorang ni memang bo layan je aku, dah la jalan laju, aku yang boyot ni termengah2 gak ikut dia entah mane2 dia bawaknya. Last2 sampai la bilik Dr pakar and laki aku pun ade kat situ, dia datang ikut luar, aku tadi ikut dalam. Dr pakar perempuan, ape name tah, tapi baik je, dia pun scan and dia pulak cakap ikut estimation dia baby aku tak sampai 4kg, maybe around 3.6kg je but then again itu semua estimation dan tak semestinya betol, selalunya kalau lari pun dalam plus or minus 200gram. Lepas tu dia check tengok « jalan » dah bukak ke tak. Belom la. So aku tanya la kalau lom bukak aku nak balik la tapi dia tak bg dan dia kata nak induce the next day early in the morning around 6 am. Dr tanya aku, since aku ade case “Big Baby” ( tu la term yg diorang asyik cakap), dia bg aku pilih samada aku nak bersalin normal OR Ceaser. Wah2 boleh pilih ke, selalu kalau kat gomen mana boleh pilih2, confirm aku special case, hehehehe. Nak normal ke ceaser ya?

Bersambung……………..

2 comments:

eyda said...

woit...i hate smokers and i deffinitely hate hate hate cigarettes la woitttt...

Norazirawati said...

apsal ada org promote rokok ni.. dh la kt post ko citer psl beranak. tak sesuai betul manusia ni!!!!!