Selamat pagi Isnin kawan-kawan,
Pg ni aku takde mood keje, Monday Blues, so kita sambung cerita panjang aku ek.
_____________________________________________________
Bila Dr tanya je nak Ceaser ke nak normal ? dengan pantas aku jawab " Normal ", sebab aku sangat takut di bedah. Walau pun ramai yg cakap ceaser tu tak sakit, tak rase ape tau2 baby dah keluar je, tapi aku still takut jugak especially bila memikirkan perut aku akan dipotong ngan pisau doctor yg sangat tajam tu. Tidakkkkkkkkkkkkk. And normal it is then. Aku pun dibawa masuk wad oleh nurse yg muka serious tadi. Oh, by the way, aku dah tau kenape dalam ramai2 ibu mengandung kat bilik menunggu tu aku yg dipanggil dulu. Sebab laki aku sangat pantas menempah bilik untuk aku, bilik 2 katil sebab yg satu katil takde kosong. So sebaik saje ade katil kosong, diorang pun panggil la aku.
Aku pun dibawak masuk bilik wad, bilik no.1 yek, bukan main depan lagi, kira memang sgt senang la orang nak carik. Itu la first time aku masuk wad, cuak sgt aku, aku tak suka duk kat hospital. Katil sebelah aku dah ade orang. Dia baru bersalin rasenye sebab baby dia pun ade sekali tapi langsir dia asyik tutup je so aku tak dapat nak jeling2 tengok baby dia. Anyway, bilik aku sangat selesa, katil okey, boleh adjust2 semua, pastu ade almari kecik kat sebelah boleh letak beg baju aku ngan beg barang baby. Bilik air pun ade, dekat ngan katil aku, so malam2 kalau nak g bilik air senang la, tak yah la aku jalan jauh2. Dah la aku ni penakut. Cuma satu je masalah kecik, air-cond dia kuat gila, sejuk. Padahal masa aku mengandung tu badan aku memang selalu panas, tapi still tak tahan sejuk kat dalam bilik tu. Sampai aku berstokin cam org dlm pantang sebab tak tahan sejuk. Masa aku masuk tu dah pukul 4pm ( bayangkan aku daftar kul 11 pg, kul 4 baru dapat katil), so laki aku boleh la temankan aku.
Waktu melawat adalah dari 12tgh – 2 ptg then 4 ptg – 8 mlm. Waktu makan pulak 3 meals ( breakfast, lunch, dinner) dan 3 teatime. Aku ingatkan makanan hospital ni hampeh sebab selalu itu la yg org cakap, tapi bila caterer tu hantar makanan aku rase semuanya sedap, semua aku makan habis, waima Milo sekali pon. Adekah aku buruk lantak? Hahahaha. Sebenarnye aku bukan buruk lantak tau, cuma aku memang tak cerewet makan. Pulak tu lauk dia mesti ade satu ayam/ikan dan 2 jenis sayur. Aku memang suka makan sayur, so takde hal. Cuma breakfast bihun goreng tu aku kureng skit, tak sedap la bihun dia, aku makan roti cicah milo jek. Cewah, masuk hospital sakit ke nak makan nih.hhehehe.
Nurse kat wad bersalin tu mostly muda2 dan baik2, kalau aku tanya ape2 senyum jek diorang jawab, diorang akan dtg tengok aku every once in a while check blood preasure la tak pun pasang CTG machine yg bising tu untuk check baby nye movement. Walau pun nurse dah bertukar2 ( sebab aku duk lame sgt kat wad tu) tapi semuanya baik2 jek, ade yg muka tak friendly pun satu dua je, itu pun kalau aku mintak tolong dia tolong jugak. Doctor pelatih kat sini pun ramai, ade pompuan ade lelaki, yg pompuan tu kadang2 nak rase perut aku la,aku bg je la dah diorang nak belajar tapi yg lelaki sorry la dik, akak tak boleh bg, akak malu dik. Other then that aku ok je as long as tak menyakitkan. Korang tau, laki aku tu sebenarnye tak yakin yg aku ni boleh bersalin normal sebab dia sedia maklum betapa aku ni org yg « sangat takut sakit », dia selalu cakap " awak ni boleh ke nak bersalin normal ni ? ", dan sebenarnye aku pun tak yakin tapi memikirkan at least kalau normal perut aku tak kene belah, aku kuatkan hati.
Bila dah pukul 8mlm guard kat wad tu jerit kata waktu melawat dah abis, pastu dia check every room, so tak dapat la laki aku nak menyorok lam bilik aku temankan aku malam tu. Aku takut okay tido kat hospital sorang2, dah la minah katil sebelah tu dah siap2 nak balik malam tu jugak, maknanya malam tu aku akan tido sorang2 la, takuuuttttttt. Aku takut ape ? aku takut hantu, sebab bila kat hospital je mula la aku pikir ‘ kat hospital banyak orang mati, lagi2 wad bersalin selalu dekat ngan emergency room pastu kat hospital ade bilik mayat’ aku takuutttttttt. Aku suruh jugak laki aku tanya nurse kat situ bg laki aku teman, dia g tanya tapi nurse tu still tak bg jugak sebab dia lelaki. Kalau pompuan nak temankan aku tido boleh. Pompuan mane plak yg boleh temankan aku ? Mak aku ngan adik aku kat Muar nun,diorang nak dtg tunggu aku tapi aku kata tak payah, tak nak menyusahkan la konon, sekarang sape yang menyesal? Zira? Dia keje esoknya. Laki aku pun balik la lepas diwarning oleh mak guard beberape kali, tapi tak lama pas laki aku keluar tiba2 Zira sampai. Selambe gila minah ni masuk, tak kene marah ngan mak guard ke? Dia kata dia kelentong pompuan tu kata dia dtg jauh dari melaka nak tengok aku, siap bawak beg besar, padahal beg tu laki aku punya dia pinjam buat props belakon,hehehehe. Cayalah Zira. Zira bawak jugak novel berjudul “momzillas” sebab aku suruh, takut boring ( orang sakit2 baca yassin, aku baca novel, boleh gitu), sembang ngan Zira sampai kul 10mlm camtu pastu dia pon balik la.
So aku pun tinggal la sorang2 di wad hospital yg sejuk tak hingat ditemankan katil sebelah yg kosong. Agaknya kalau aku sakit contraction mase tu mesti aku tak hirau pasal hantu ke hape, tapi sebab aku tak sakit maka macam2 aku buat. Kejap2 aku bangun bukak luas2 langsir tu biar aku nampak satu bilik. Pastu aku pasang semua lampu dalam bilik tu ( bilik 2 katil ni takde TV, kalau tak mesti aku happy nak mampos), pastu aku takut pulak, aku tutup langsir katil sebelah pastu aku baring kat katil cuba untuk tido tapi tak boleh jugak. Tiba2 nurse masuk, lege jap aku, ade kawan. Dia pasang CTG kat perut aku, tanya aku ade rase sakit ke tak, pastu dia pon keluar. Sebelum dia keluar tu dia tutup langsir aku pastu dia tutup jugak lampu bilik tu semua tinggal lampu tido aku jek. Alamak. Aku nak bangun bukak balik lampu tu dah tak boleh sebab perut aku dah kene lilit ngan tali CTG ni, sudahnya aku biarkan jek. Machine CTG yg bising tu sedikit sebanyak buat aku lupa yg aku takut, sebab aku duk dengar bunyi machine tu, bunyi heart beat baby aku, kejap laju, kejap slow,hehehe. Sudahnya aku pon tak pasti kul berape aku tertido sendiri tapi tak nyenyak pon sebab kejap2 nurse tu dtg lagi, rasenye kul 3pg sekali, pastu kul 5pg sekali. Kesian aku tgk nurse tu muka mengantuk gila, dah dia keje shift malam, haruslah tak dapat nak tido kan. Aku tanya dia kul berape Doctor nak datang induce aku ? dia kata kul 6pg jap lagi doctor datang la. So aku tak boleh tido dah sampai kul 6pg memikirkan macam mane agaknya rase kene induce tu, orang kata kene induce lagi sakit dari sakit biasa.
Tiba2 aku rase tak selesa cam period, aku pun bangun nak g toilet, elok aku turun katil je ade air melimpah kat lantai, aku ingatkan aku terkencing tapi takde bau busuk plak, pastu air tu pun pekat je. Sah ketuban aku pecah……
Bersambung………….
No comments:
Post a Comment