Friday, May 29, 2009

Lets eat, dont think, just eat

Aku dah buat satu kerja gila harini. Lunch tadi aku makan besar puan2. Biasa la hari jumaat kat depan office aku ni ade pasar malam ( walau pun hari siang tapi namanya tetap pasar malam kan). Opposite wisma genting ni kan ade jalan cam bukit skit, panjang sampai ke belakang the weld sana, sepanjang2 jalan tu jugak la banyaknye orang meniaga setiap hari jumaat. Macam2 adaaaaaa. Segala tudung, kain batik, kain baju kurung, telekung, roti, kek, accesories, blouse, buah2 dan berbagai2 kuih muih dan lauk pauk. Aku memang suka g pasar malam ni, every Friday tak pernah miss, tak membeli pon kadang2 tapi nak g jugak cuci mata.

Alkisahnye harini aku dah lepas geram lalu membeli nasi ambang untuk makan tengahari. Kalau orang johor atau orang jawa mesti familiar ngan nasi ambang ni. Yang tak tau tu, nasi ambang ni nasi putih je, tapi lauk2 dia banyak, diantaranya serunding kelapa, ikan kering, ayam goreng, ayam masak kicap, tempe masak kicap, mee goreng (ya, mee goreng jadi lauk untuk nasi ambang ni), suon goreng campur ( tak sure aku nama betolnya tapi suon ni digoreng sekali ngan tempe, tahu and tahu kering). Kalau kat kg aku kat muar nun, ade kenduri kendara diorang akan hidang nasi ambang ni, hidang dalam dulang besar, satu dulang tu boleh makan ramai2, mengeratkan silaturahim gitu. Tapi selalunya satu dulang tu mesti tak habis walau pun makan 4 orang sebab memang banyak, dulang besar katanya, so bila orang jemputan nak balik diorang akan tapau la nasi ambang tu sekali ( selalu nya tuan rumah bg la bekas / daun pisang ngan surat kabar ke). Tapi kalau nasi lam dulang tu habis pon tuan rumah bg gak bekal nasi bg semua jemputan bawak balik, kira diorang tak kan balik tangan kosong la. Nasi ambang yang ditapau dan dibawak balik tu pulak dipanggil ’’berkat“. Aku ingat lagi dulu kecik2 kalau atuk aku balik kenduri selalu bawak balik berkat bg anak2 cucu dia yg dok menunggu kat rumah.Memang berkat pun, takde pembaziran.

So kat pasar malam office aku ni ade la satu kedai makcik ni jual nasi ambang. Rasenye baru lagi makcik tu menjual dalam 2/3 bulan kebelakangan ni, tapi orang yang membeli aku tengok boleh tahan ramai, ramai jugak penggemar nasi ambang kat KL ni rupa-rupanya. Aku selama ni dok perhati je la, teringin gak nak beli tapi tak berani sebab aku kan tengah diet puan2.hehehe. Tapi harini aku telah melepaskan gian, tadu kul 12 sharp aku terus g pasar malam tu padahal lunch time start kul 12.30 ye, aku terus tuju kedai nasi ambang tu dan membeli satu bungkus yang gemok nasi ambang, kenapa gemuk ? sebab macam2 lauk ade. Akak tu tanya « nak semua lauk ke ? » aku angguk je tanda setuju. Jadi dapat la semua lauk ayam goreng rempah, serunding kelapa, mee goreng, suon goreng, sambal belacan dan ikan masin bulu ayam( betol ke eh name dia bulu ayam, aku ingat2 lupa) dengan nasi semangkuk ( aku tak mintak separuh pon nasi ni, konfiden gile). Ambik kau, sekali dia bungkus bukan main besor size bungkusan tu. Gerun. Lepas menapau nasi ambang aku pusing2 jap saje nakbuang masa, karang aku balik office awal ade plak orang kat office tengok aku makan, harus diorang gerun ingat aku buang tebiat, dah selalu diorang tengok aku makan roti, tetiba harini aku bantai nasi size giant, harus banyak je soal karang, tak kuasa aku nak layan.

Dalam kul 12.45 camtu aku masuk office, ade la 2,3 orang lam office tu, lantak la. Aku pun memulakan operasi. Bukak je bungkus bau sambal belacan ngan ikan kering pon keluar, memula aku pon tak tahan ( sebab aku dah lama tak makan ikan kering ngan sambal belacan, laki aku tak tahan bau) tapi lepas lima,enam suap aku dah imune dah, tak bau ape pon, laju je aku makan. Mula2 ingat ni confirm tak habis ni, tapi sekali suap punya suap, licin puan2, tinggal tulang ayam jek. Layan habis makan nasi ambang, teringat zaman kecik2 dulu makan nasi ambang kat rumah atuk, nostalgia jap aku tadi sambil makan. Agaknye tu yang bat makin sedap tu, sebab ade flashback,hehehe. By the way, satu bungkus tu harga dia RM 5. memang kenyang gila dan puas hati dan actually boleh makan 2 orang hehehe. Ape dah jadi ngan diet aku nih? malam ni aku tak makan dah, sebab perut aku dah melebar ni, penuh ngan nasi ambang hehehe.

p/s: mana gambar nasi ambang? Takdak sebab cameranya esok baru nak beli. That’s the plan la, mintak2 everything goes as plan then boleh la aku buat post2 bergambar-gambar pas ni. Itu pun kalau laki aku bagi aku pakai camera sewenang2 ( dia anti skit showing pictures tru internet ni, takut ade orang salah guna katanya, tapi aku bukan artis hehehe ).

Thursday, May 28, 2009

Lets talk about Cecelia Ahern books and a devil

Harini aku beli 3 novel baru sebab kat Times bookstore Pavilion ade sale buy 3 for 2 (3 books for the price of 2 books) dan buku2nya terdiri dari buku2 yg aku memang teringin nak baca, buku Cecelia Ahern, lalu terus aku beli. Bukan ape, takut terlepas lagi peluang keemasan ni sebab dulu pernah ade offer sekali buku2 minah tu, aku dah nampak dah tapi aku dok delay2 beli. By the time aku nak beli, diorang dah tukar offer tu kepada buku lain plak, buku tak berape aku nak gemar. Jadi kali ni aku nampak terus aku rembat laju2.

A place called here

Since Sandy Shortt’s childhood classmate disappeared twenty years ago, Sandy has been obsessed with missing things. Finding becomes her goal- whether it’s the sock that vanished in the washing machine, the car keys she misplaced or the graver issue of finding the people who vanish from their lives. Sandy dedicates her life to finding these missing people, offering devastated families a flicker of hope. Jack Ruttle is one of those desperate people. It’s been a year since his brother Donal vanished into thin air. Thinking Sandy Shortt could well be the answer to his prayers, he embarks on a quest to find her. But when Sandy goes missing too, she stumbles upon the place - and people - she’s been looking for all her life. A world away from her loved ones and the home she ran from for so long, Sandy soon resorts to her old habit again, searching. Though this time, she is desperately trying to find her way home…

Buku ni memang aku dah lama teringin nak beli sebab sinopsys dia macam menarik sangat.

P.S.I Love you

Some people wait their whole lives to find their soul mates. But not Holly and Gerry.Childhood sweethearts, they could finish each other's sentences and even when they fought, they laughed. No one could imagine Holly and Gerry without each other.Until the unthinkable happens. Gerry's death devastates Holly. But as her 30th birthday looms, Gerry comes back to her. He's left her a bundle of notes, gently guiding Holly into her new life without him, each note signed "P.S. I Love You."As the notes are gradually opened, and as the year unfolds, Holly is both cheered up and challenged. The man who knows her better than anyone sets out to teach her that life goes on. With some help from her friends, and her noisy and loving family, Holly finds herself laughing, crying, singing, dancing - and being braver than ever before.Life is for living, she realises - but it always helps if there's an angel watching over you.

Ade orang cakap buku ni lagi best dari movie dia. I’ve watched the movie and I think its not bad, mostly because of Gerald Butler and Lisa Kudrow @ phoebe is acting in it. But I don’t think Hilary Swank is the most suitable person for the role of Holly though, because Gerald Butler is just to god damn gorgeous to be her husband, sorry Hilary. Another reason is because most of the movie was taken place in Ireland and the scenery of Ireland was so breathtaking, I just love looking at it.


The devil wears Prada

When Andrea first sets foot in the plush Manhattan offices of Runway she knows nothing. She’s never heard of the world’s most fashionable magazine, or its feared and fawned-over editor, Miranda Priestly.

Soon she knows way too much.

She knows it’s a sacking offense to wear less than a three-inch heel to work – but there’s always a fresh pair of Manolos in the accessories cupboard.

She knows that eight stone is fat. That you can charge anything – cars, manicures, clothes – to the Runway account, but you must never leave your desk, or let Miranda’s coffee get cold. That at 3 am, when your boyfriend’s dumping you because you’re always working and your best friend’s just been arrested, if Miranda phones with her latest unreasonable demand, you jump.

Most of all, Andrea knows that Miranda is a monster boss who makes Cruella de Vil look like fluffy bunny. But this is her big break, and it’s all going to be worth it in the end.

Isn’t it?

I’ve watched the movie; I love the movie very much, now I want to read the book and see if it is as good as the movie or if it’s better. But one of my friend said the book is better, well I guess I will find it out soon because I’m reading this one first.

Wednesday, May 27, 2009

Lets talk about my 2nd anniversary

Semalam adalah anniversary perkahwinan aku yang ke dua. Kebetulan pulak semalam aku cuti, bukan sebab nak celebrate anniversary, tapi sebab Iman tak berape sihat, ade demam2 sikit so aku cuti hari isnin dan semalam. And since Iman asyik tido je (harus lah dia tido lame, sebab aku bg dia makan ubat demam, ubat batuk dan ubat selesema) sempat la aku nak masak sikit2. Semalam aku prepare meal lite2 saje sebab kitorang berdua sekarang ni ala2 mengamalkan konsep menjaga badan, jadi aku buat coklat cake dengan spageti sosej saje ( segala daging, ayam dan udang dah habis dan takde stok puan2, sosej sahaja yg ade, jadi aku bantai saje). Simple2 je, takde la nak bercandle lite dinner, semalam kitorang 3 beranak duduk kat meja makan, aku ngan laki aku makan, iman duduk kat high chair sambil seronok tepuk2 meja. Mama ngan ayah dia pun seronok jugak tengok anak bertuah sorang tu seronok. First anniversary dulu kitorang berdua, tahun ni dah bertiga. Tahun depan?

Lets cook more pudding

Lately aku sgt suka buat puding sebab aku rase puding tu cantik sangat.

Adakah ini normal?

Friday, May 22, 2009

Lets talk about "hantu kum kum"


Korang pernah dengar tak HANTU KUM KUM…. Aku masa kecik2 dulu pernah gak dengar pasal hantu kum kum tapi aku tak tau la hantu tu cemane. Kalau hantu pocong dia ala2 hantu bungkus yg melompat2 tu, kalau pontianak dia ala2 hantu harum sundal malam tu, kalau toyol dia ala2 alien kecik watna hijau pastu mencurik duit orang, kalau hantu isabella dia pompuan muka sebelah cantik sebelah buruk ( ni masa kat MRSM pun still dengar lg pasal hantu ni konon2 nya dia bergerak seluruh malaysia ,hehehe), kalau hantu galah dia tinggi macam galah, tapi hantu kum kum cemane pulak yek? Aku pun tak tau.

Pagi tadi sambil tgh siap2 nak g keje seperti biasa aku tengok MHI pastu Mazidul Akmal Sidek cakap sejak dia jadi host rancangan 999 ni, kalau dia keluar selalu ade orang approached dia nak mengadu masalah diorang, tapi ade sorang ni yang menarik sikit, pegi kat dia pastu cakap" kita ada masalah sekarang ni, dekat kampung saya ade hantu kum kum“. Lepastu Mazidul pun explain " Anda tau tak hantu kum kum tu macam mana? Kalau dia datang rumah korang pastu dia bagi salam ASSALAMUALAIKUM KUM KUM, jgn bukak pintu“..akakakaka...cam tu rupanya hantu kum kum, kelakar siot, adakah dia gagap atau suara dia bergema?...ade pulak hantu bg salam, hantu warak rupanya ,heheheh.

Wednesday, May 20, 2009

Lets talk about thinking before talking


Pagi tadi, masa aku tengah bersiap2 nak g keje aku terdengar perbualan antara Ally Iskandar, Ahmad Fidtri Yahya dan Wardina Kat MHI. Ally cakap dia pernah terbaca, atau terdengar ke aku tak pasti, tapi itu tak penting sgt, yang aku nak cerita ni adalah perkara yang dia bincangkan tu berbunyi lebih kurang macam ni:

Tuhan kurniakan kita dengan sifat dan anggota yang mana ada antara anggota badan kita ni sepasang macam tangan, kaki, telinga, mata dan sebagainye. Manakala anggota badan yang selebihnye tuhan ciptakan satu sahaja macam akal, hidung, mulut, hati dan sebagainya. Kalau diperhatikan, semua anggota badan yang tidak berpasangan tu diciptahan sebaris pada badan kita dari atas hingga kebawah dan ia sangat berkait dan bergantung antara satu dengan lain.

Contohnye, akal, hati dan mulut, setiap ape yang bakal kita sebutkan dari mulut harus la terlebih dahulu difikirkan oleh akal dan ditimbangkan oleh hati sebelum di bicarakan pada dunia. Renung-renungkan lah wahai kawan2.

Moral of the story, JANGAN LA MAIN SEDAP MULUT JE CAKAP APE YANG KORANG SUKA TAPI TAK PIKIR PERASAAN ORANG LAIN. PAHAM.

Sekian. Terima kasih.

Thursday, May 14, 2009

Lets talk about a cruel murder and boy A

I received an email from my colleague and the content is as below:

For His Memory

Do you remember February 1993 in England, when a young boy of 3 was taken from a Liverpool shopping centre by two 10-year-old boys? Jamie Bulger walked away from his mother for only a second; Jon Venables took his hand and led him out of the mall with his friend Robert Thompson. They took Jamie on a walk for over 2 and half miles, along the way stopping every now and again to torture the poor little boy who was crying constantly for his mummy.

Finally they stopped at a railway track where they brutally kicked him, threw stones at him, rubbed paint in his eyes, pushed batteries up his anus and cut his fingers off with scissors. Other mutilations were inflicted but not reported in the press.

N.B.:- Remember, a 3year old cannot possibly defend themselves against a 10 year old, let alone of 2 them.

What these two boys did was so horrendous that Jamie's mother was forbidden to identify his body. They then left his beaten small body on railway tracks so a train could run him over to hide the mess they had created. These two boys, even being boys, understood what they did was wrong, hence trying to make it look like an accident.

This week Lady Justice Butler-Sloss has awarded the two boys (now men), anonymity for the rest of their lives when they leave custody with new identities. They will also leave custody early only serving just over half of their sentence. They are being relocated to Australia to live out the rest of their lives. They disgustingly and violently took Jamie's life away and in return they each get a new life!Please..... If you feel as strongly as we do, (and if you haven't already signed this petition) that this is a grave Miscarriage of justice - Hit the forward button and add your name at the end, and send it to everyone you can!

I was so shocked and stunned by the cruelty shown by these 2 still small kids and then felt very2 curious to know more about this story and weather it is true or not. So I searched and googled. I then found out that the story is true, just that there are some added wrong info (they didn’t pushed batteries up his anus but they put it in his mouth and they didn’t cut his finger either) but most of the story is true. I read the whole story about how these kids were seen by other people and some even stopped them because they were curious but the 2 boys said that little Jamie is their brother. There is also a picture from CCTV showing 1 of the boys holding Jamie’s hand and lead him out from the mall. It was so heartbreaking to see that picture, to see how small is Jamie, just a small 3 year old boy, and knowing that he was brutalized not long after that shot was taken. I was breathing hard while reading the whole article from wikipedia and there are quite a few times when I felt like crying and I cant help myself from thinking, “ what if this happen to my child?”.

I was also curious at the 2 boys’ cruelty and wonder how they can kill a little kid like that. But then I read that they were both came from a broken family. One of them, (the cruelest one, the one that the juries said have no remorse) have 7 siblings and he’s the youngest and in his family fighting, kicking and hostility is a common thing His mother is an alcoholic while the father left when he was five. So, being the youngest, he’s the one who always been beaten by his siblings. No wonder he grows up to be a violent person and I guess he thinks that beating little boy is not a big deal. While the other boy, also from a broken family, the parents’ splits and they take turn taking care of the kids but the boy somehow become hyperactive and violent. He’s chocking kids at school and banging his head on the wall. I guess the biggest problem happen when these two violent kids become friends.

I also found out that there is a movie that was inspired from this true story. The movie called “boy A”.

It’s about one of the brutal kids (the 2 boys was referred to as boy A and boy B in court, boy A is the one that banging his head on the wall), how they become friends, kill some kid and end up got caught and send to jail. Then they were release early under probation because of good behavior but their identities were changed so that they can have a normal live. This story is about how boy A trying to survive a normal live outside the prison as an ex con with a history as a brutal killer at a young age.


I haven’t watched the movie but one of my colleague said to me before that these is a depressing movie and that’s why I don’t wanna watch it, I hate depressing movies. But now that I know about the real true story behind this movie, I’m a little curious. Maybe I will watch it someday.

Lets talk about to do OR want to do


Sesungguhnye aku bersyukur……..sebab hujan turun awal pagi. So pagi tadi bangun nak g keje rase sejuk je, tak macam hari2 sebelum ni yg sangat panas sampai Iman tido pon gelisah je pastu berpeluh2. Tapi disebabkan hari yg dingin dan nyaman ni jugak la aku tak berjaya bangun sahur pagi tadi,hikhik. Aku gak yg ngok, sape suruh tak pasang alarm, berangan konon2 bleh bangun sendiri. Aku actually dah tersedar awal tau, tapi tak sure pukul berapa sebab jam ( terletak diatas meja tepi katil) telah dilindung dek badan laki aku yg besar, aku plak malas nak bangun tengok so aku sambung tido. Bila aku terjaga balik dah kul 5.45am. ALAMAK. Tapi tak kesah la, since harini pun redup dan sejuk je, aku proceed jugak la puasa, kalau tak bila plak aku nak habis ganti puasa cam ni. FYI, tahun lepas aku terpaksa ponteng puasa 19 hari sebab mase tu aku dalam pantang ( bukan on purpose tau). So far aku baru ganti 3 hari je,hehehe. So aku budget2 pas ni aku akan gigih kan diri puasa setiap hari isnin dan khamis untuk memastikan before Ramadhan this year aku dah habis ganti semua. Kalau tak satu hal nak ganti double and bayar fidyah bagai weh. Lagi pun aku sekarang kan tengah in a mission to loss weight, so sambil aku ganti puasa sambil jaga makan sambil jaga badan dan kesihatan jugak la. Ala2 sambil menyelam minum air masak 8 gelas sehari gitu,hikhik.

Enuff about that, tadi aku boring2 pastu dok pikir ape aku nak buat? Actually banyak jugak bende aku nak kene buat tau, but not like right this second, tapi dalam mase terdekat. Ade beberapa perkara yg aku nak buat dan kene buat.So, below are my “to do OR want to do list”.

To do:

1. Buat kek oren yg Gwen order ( last weekend tak buat sebab dia on leave plak isnin dan selasa so plannye Ahad ni aku buat la)
2. Ganti semua puasa yg aku dah tinggal ( ade 16 hari lagi)
3. Buat puding longan ( sebab laki aku dah macam suka pulak)
4. Pegi course kat SC this Saturday ( yg ni aku terpaksa buat sebab kalau bukan sekarang lain kali pon kene buat jugak)
5. Maintain counting calories in my food consumption. ( so far so good walaupun kadang2 susah sebab rase nak makan macam2)

Want to do:


1. Buat kek Apple dari resepi Mat Gebu ( yum yum….resepi dia nampak sedap sgt)
2. Beli digital camera sony color pink ( aku dah aim dah, cukup bulan aku akan rembat dengan pantas,hehe)
3. Cuba untuk melilit selendang ( aku boleh buat tapi tak expert, so kene cuba lagi style2 yg sesuai hingga jaya sebab aku suka selendang)
4. Tempah blouse (aku ade satu kain chiffon corak butterfly, cantik sgt kalau buat blouse, tapi tak sure nak tempah kat mana dan bila?)
5. Watch “ he’s just not that into you” ( nak tengok sgt lagi2 bila tau Scarlet Johansson act as a yoga instructor)

Cukup la itu saje. Rasenye semua perkara dalam list tu takde la susah sgt nak dibuat pon, senang bah itu.

p/s: psssssttt…saje nak gossip, aku dah turun berat 2 kilo…hehehe….aku girang dan semangat untuk terus berusahaaaaaaaaaa….

Tuesday, May 12, 2009

Lets talk about vicky, christina, Valkerie and Benjamin Button

Last Sunday, since we are not going anywhere, my husband and I fill our day with our normal ritual, watching movies (were you guys thinking something elsezzzzzzzzz).

1. Vicky Christina Barcelona
I’ve wanted to watch this movie for so long because I’ve read from somewhere or watched the trailer (don’t remember, It’s been so long) and the movie seems so interesting, especially with those great actors like scarlet Johansson and Penelope Cruz acting in it. If I’m not mistaken Penelope Cruz won best supporting actress in this movie and that makes me want to watch it more to see how great was she but the DVD is pretty hard to find. Until last week my husband finally bought it and we watch it last Saturday night.

What I can say about this movie is, it’s kinda twisted and a little sick, hehehe. Because the story is about 2 girls name Vicky and Christina who went to Barcelona for a holiday and they meet this guy, who is a painter, an artist. So in Barcelona, everything seems so romantic, and the artist guy was so charming, until both girl fallen for him but this guy have a history with his ex-wife who is also an artist and they actually still love each other but they cant seems to be together because despite their love, they felt like there something missing in their love life and until they can find that missing ingredient, they cant be together or they will just want to kill one another. Yes, they are crazy, a very crazy artist with a very complicated mind. And guest what is the missing ingredient? Sick, crazy, wild, twisted, unnatural, sick. And once you finish this movie you’ll feel like having sex, muahahahaha.



2.Valkerie
I watched about 5 minute then I fell asleep.



3.The curious case of Benjamin Button.
I’m sure most of people have watched this movie because it’s out there for quite some time. But I just manage to watch it last Sunday and I have to give 5 stars to this movie. Although this one is also a pretty sick movie (how can someone give birth to an old wrinkly baby) but how he was raise, learn things, experience life, fell in love, his whole life is just beyond normal, it’s extraordinary. But it’s kinda sad because he can’t live his life like normal people and can’t grow old with the people that he loves. I cried at the end of the movie, when he died as a little baby, it’s just so sad. I LOVE THIS MOVIE. LOVE IT.

By the way, Cate Blanchett look so pretty when she was young, they did a really good job with the make up.

Monday, May 11, 2009

Lets talk and walk to the shoe shops



Last Saturday ade kenduri kawin sedara laki aku so kitorang g le reramai, pak mertua aku ngan adik Ipar aku dari Ipoh pun turun KL nak g kenduri nih. Actually aku takde la kenal sedara diorang ni tapi aku follow je la. Aku, laki aku and Iman semua pakai serba putih, ala2 bersih, tulus dan mulus gitu,hehehe. Kitorang kluar rumah kul 12.30 lalu MRR2 harus la jalan jam, nak dekat sejam baru sampai rumah pengantin. Rumahnye kat area setiawangsa nun.

Anyway, makan punya makan, tengok pengantin bagai kitorang balik la. Aku pun panjat la tangga ( kawasan tu bukit skit, nk g kereta kene naik tangga besi) tiba2 kasut aku tersangkut kat tangga, adik Ipar aku tiba2 bunyik “ ape tu”, boleh tak accessory kasut aku tanggal, hampeh tul. Aku pun amik guli2 yang tanggal tu masuk lam beg ngan niat balik kang aku tampal balik. Dah la kitorang nak g ziarah satu lagi rumah sedara kat hartamas pastu ( sorang sedara laki aku baru meninggal), aku takde kasut spare lak tu dalam kereta. Lantak la janji bleh pakai kan.

Sampai je rumah yg kitorang nak ziarah tu aku pun keluar la kereta, sekali rase, apsal kasut aku sebelah ni longgar semacam? Sekali aku tengok tepi kasut tu dah terkeluar. Waaaaaaa, WTF. Susah la aku nak jalan, terseret2 ok sebab dah jadi longgar gila. Lantak la pas ziarah ni pun nak balik kan. So aku pakai jugak kasut tu. Balik dari menziarah pak mertua aku ngan adik ipar aku semua nak g rumah sapa ntah, laki aku malas nak join, so we go our separate ways la.

Sekali dalam kereta laki aku tanya “ nak g mana?” aik, aku ingat nak balik, “ g mid valy nak, boleh g jusco beli barang dapur”. Kasut aku dah la koyak ni nak ajak jalan plak, cepat je mulut aku jawab, “ nak g mid valy boleh tapi awak kene belikan saya kasut la”....” ape awak cakap tadi, saya tak dengar la”..eleh. nyampah tau. Tapi dia g jugak mid valy dan dia belikan jugak aku kasut, kasut ape? Aku g kedai yg paling dekat yg aku jumpa bila keluar parking level 1 tu. Mula2 g Voir, tapi kasut dia semua cam haram, buruks sekali you’all ( pelik, selalu kalau aku lalu situ nampak cam cantik je, sekali aku nak beli jadi buruk plak,heheheh), so aku g la kedai sebelah Sachs kat sebelah tu plak tapi aku reject sebab mahal2 plak( dulu aku tengok tak mahal apsal sekarang dah mahal?), kesian laki aku. So aku g pulak kedai depan(motif, kasut dah kopak, jalan seret2 pun boleh lagi nak g macam2 kedai) ape tah name kedai tu, Vads & ape tah…janji ade kasut banyak kat situ….pilih punya pilih berkenan la satu wedges hitam ni, sangat sepadan dengan baju kurung yg aku pakai mase tu. Comel sekali dan harganya cuma RM75 ringgit sahaja (kalau aku yg bayar sendiri mesti aku carik yg lagi murah, tapi since laki aku belanja aku sambar saje). Sekali bayar kat casher minah tu kata dapat discount RM10 hinggit. Canteq la.

Lalu aku pun girang la berjalan di mid valy hari itu sambil pakai kasut baru. Tapi mid valy tu kan besar kan, jalan pun banyak jugak, dan adat pakai kasut baru, walau pun wedges, tetap kaki aku sakit. Sudahnye bila nak balik kaki aku melecet skit, tapi to be expected la, kasut pompuan memang camtu. Jadi harini g keje tak dapat la aku nak laram kasut baru, kita pakai kasut lama sajork sampai kaki aku baik.heheheh

Tu je nak cerita… hehehe

Pengetahuan Am:
Korang tau tak, kasut kalau kita lama tak pakai dia akan mereput.Laki aku kata it have something to do with pengoksidaan or pengudaraan or something like that yg dia actually explain kat aku tapi aku tak ingat. Agaknye sebab tu la kasut2 aku (yg kebanyakkannye di beli di vincci, nose dan yg seangkatan dengannye) satu2 buat perangai camtu, tercabut itu, tercabut ini, tapak tercabut, tumit tertanggal, sebab aku mase mengandung dulu mana pakai kasut2 tinggi tu semua. So dalam setahun jugak la aku tak pakai kasut2 tu. So, semuanya mereput dan tidak berguna lagi, so far dah 4 dah kasut aku buang sebab dah luput sebelum waktu. Jadi sekarang kasut aku semakin kurang, perlukah aku membeli kasut baru?...hehehe…

Friday, May 8, 2009

Lets talk about my cakes

Hi kawan-kawan,

Harini aku kembali normal ye, walau pun jauh disudut hati yg lara ini masih mengharapkan cincin yg disayangi itu muncul kembali ( ayat dalam novel sgt kan), tapi aku dah redha la, mungkin bukan rezeki aku. Tapi pada sape yg jumpa tu dan sesedap rasa tanpa rasa bersalah g jual cincin aku tu memang durjana sangat, biar tuhan je melaknat orang jahat itu.

Aku nak cerita pasal masak2 harini, korang ingat kan haritu aku ade jual kek oren, well last week aku dapat order lagi dari orang yg sama, I guess he really like that cake. This time he ordered 1 big orange cake and 2 regular size chocolate orange cake (resepiye aku dapat dari blog Jun). Actually dia suruh aku experiment lg satu kek tu, buat la ape2 kek pun yg luar biase kata dia, kebetulan pulak the week before aku baru mencuba kek coklat oren tu, dan hasilnye memuaskan pulak tu, so aku pun bawak la kek tu sikit g office bg dia rase and he likes it. Great, an orange cake and chocolate orange cake it is.

Last Monday aku bawak g office dan hari rabu dia kata semua kek tu dah habis, adik2 dia makan, dia tak merasa pun. Walaweehhh, laku siot kek oren tu. Yang chocolate tu pulak satu dia bawak balik, satu lagi dia jamu officemate makan, pun dah habis on the second day. Alhamdulillah, laku kek2 aku. In a way this is good, sebab lebih ramai orang boleh rase kek aku dan lebih ramai orang boleh bg komen. Kalau tak, aku buat kat rumah bg laki aku je makan, laki aku tu cerewet skit, memanjang je la ade yg tak kene karang.hehehe…but I still love you Yang and will always bake for you no matter what you said,.Memang geram jugak kadang2 when he always have comments on my cooking but in a way it kinda challenge me to make it better the next time.

Hari rabu haritu, Gwen, sorang lagi kawan office aku ordered 2 kek oren, siap senyum2 simpul tanye aku “ weekend ni you balik kg ke? Kalau tak boleh tak I nak order kek from you?” …of course can bebeh…..hehehe

p/s: Timan, I’m glad that you’ve tried the resepi and like it. Nanti baby kau keluar takde la meleleh air liur ( kata orang tua la). Tak macak anak aku, lama gak air lir meleleh2 sebab aku mengidam durian tak dapat,akakakaka.

nota kaki: Frust jugak tak leh letak gambar kek2 aku kat sini, korang frust tak? kalau korang frust bagi la aku digital camera sebiji...hehe..takde la, korang doa2 la aku murah rezeki yek....traaaaaaa

Thursday, May 7, 2009

Don't feel like talking today

Aku mood sedih harini, sebab semalam, sebelum balik aku perasan cincin aku takde kat jari, cincin tunang aku hilang.waaaaaaaaaaaa...jadi aku puye mood adelah sangat sedih harini sebab aku sayang cincin tu dan aku geram ngan kelalaian aku. Rase2nye aku tertinggal dalam toilet tapi macam tak logik kenapa aku bukak cincin just to pee ( semalam aku minum plain water banyak2, nak sihat konon, tu yang asyik terkencing je tu), selalunye kalau aku kencing aku tak bukak cincin. Nak jadikan sebab la tu agaknye. Kelam kabut aku mencarik cincin aku sana sini semalam, and bila dah letih dan sedar dah takde, memang dah hilang, and most probably tak akan jumpa dah, terus sebak datang tak boleh ditahan2. Aku cuba jugak tahan kat office ni masa bg tau HR manager aku ( selalunye kalau ade org jumpa barang kat company ni diorang bg HR, tu pun kalau diorang berhati mulia la) tapi once aku berjalan balik, air mata tak tertahan2, jap2 meleleh je kat pipi, lagi2 masa dalam monorail. Aku perasan gak org pandang2 aku kat monorail tapi aku tak boleh tahan, nak cover, aku buat2 baca buku.

Cincin aku tu takde la mahal gila, diamond dia pon takde la besar cam solitaire diamond tu, ia cuma sebentuk white gold ring with 12 small diamond on it, tapi aku sayang sangat sebab tu cincin tunang, laki aku belikan, ade sentimental value gitu, sebab masa beli tu pun pilih sama2 masa bencinta. Tu yang bila hilang tu aku sedih tak hingat. Masuk je kereta semalam bercucuran air mata aku.

Anyway, harini aku pakai cincin belah rotan biase je kat jari aku, tak nak biarkan jaritu kosong je sebab karang lagi terasa kehilangan terus aku menangis kat office ni kang. Waaaaaaaa......By the way, aku ade lagi sebentuk cincin yg aku sayang, cincin kawin. Tapi at the moment tak muat nak pakai sebab jari aku sekarang tak sekurus dulu, kene tunggu aku kurus la pulak baru bleh pakai balik,waaaaaaaaaaa....mood sedih...

Tuesday, May 5, 2009

Lets talk about David Archuleta

As for today, I’m officially a fan of David Archuleta’s voice (I guess I’m too old to be some boy singer fan, he’s 18). Actually since American Idol I thought that he is a good singer and he has a really good voice. I predicted that he will win the Idol once I heard him sang a song by John Lennon, “Imagine”. That was one really moving performance and for someone as young as him, he sure has a pretty mature voice. But then he didn’t win, the other David win instead, David cook.

Anyway, I guess he now have an album because I sometimes heard he’s song playing on the radio (laki aku dengar sinar fm, jarang la plak pasang lagu omputeh) and I’ve been wanting to have the album but you know me, save budget, hehehe. So last week my husband said that he’s been downloading some mp3, so I ask him to download Archuleta’s songs for me and he did. He gave me the songs today and I just heard them this morning. In fact I’m still listening to it while I’m writing this and I have to say that I’m glad that he re-sang “Angel” because I sure hate it when Robbie Williams sang it. Overalls, the album is OK, not so much great or WOW songs, I like “crush” and “desperate” but the rest are OK, but he’s good voice really compliments the songs so they still sounds good. This reminds me of another singer with a good voice, Gavin Degraw, love he’s songs.

Monday, May 4, 2009

Lets talk about my labor experience - Finale

Oleh kerana aku dengar ade sorang lagi kawan aku pregnant, dan oleh kerana aku baru pas tengok finale OIAM maka aku semangat nak finalkan cerita panjang aku ni harini.
____________________________________________________
Akhirnya aku berjaya melahirkan seorang baby boy seberat 3.68kg secara normal pada pukul 1.50pg hari jumaat 1/8/2008. Lege sangat rasenye, lepas tu rase nak tido je tapi nurse2 tu dah bawak keluar baby aku. Laki aku pun dah takde kat sebelah, dia follow nurse yg bawak baby tu. Nurse2 yg ramai cam kumpulan sorak tadi pun tiba2 terus hilang tinggal sorang je nurse yg terpinga2 sambil bertanya “ habis sapa nak jahit ni?”. So aku sorang2 kat labour room terbaring dan sangat keletihan dan nurse tadi pun sorang2 la nak menjahit vegina aku yg dah terkoyak agak besar digunting doctor mase sesi push2 tadi( aku perasan sebenarnye mase doctor nak gunting tu tapi tak rase ape pun), almaklum je big baby katakan. Tapi sebelum jahit tu dia tunggu dulu uri aku keluar. Tunggu punya tunggu punya tunggu tapi tak jugak keluar2. Sudah nye dia panggil doctor datang. Doctor scan perut aku pakai mesin ultrasound tu nak tengok uri kat mana, aku nampak la dalam kesamaran sebab letih gila, then aku rase doctor tu bg tau dia nak keluarkan uri. Maka bermula la episode doctor menyelukkkan tangannye mengeluarkan uri aku dan sangat la sakit okey. Kalau tadi aku bersalin aku tak menjerit tapi kali ni aku meraung2 menangis macam budak kecik. Sampai nurse tu pujuk aku cakap ‘’kenape menangis ni, kan dah dapat baby jangan la nangis’’. Sakit la. Dah la laki aku takde, diorang tak bg dia masuk so aku menanggung la sorang2 kat dalam tu. Akhirnye keluar jugak uri tu, lege gila. Pastu baru nurse start menjahit. Tadi diorang ade bg another injection kat kaki kiri aku, bius agaknye. So mase nurse menjahit aku takde la rase sakit sangat. Kejap2 je ade rase sakit2 sikit. Plus masa dia menjahit, sorang nurse dah masuk bawak baby aku dan dia letak kat sebelah aku sambil pakaikan baby aku baju dan bedung semua so aku asyik tengok baby je la. Syoknye tengok baby, perasaan yg tak dapat digambarkan. Lupa dah rase sakit tadi, nurse yg tengah menjahit vagina pun aku tak hirau, lantak kau la, aku nak tengok baby aku ni, baby aku tau, bukan orang lain punya, aku punya.

Lama jugak sesi keluarkan uri dan menjahit tu sebab dalam pukul 4pg camtu baru laki aku masuk. Dia nak azankan baby tapi tak sampai hati nak dukung sebab tengok baby sedap je tido dalam bakul tu so dia biar je baby lam tu masa dia azankan. Syahdu sangat perasaan masa ni kan. Tapi aku serious letih so aku tido je. Aku terjaga kejap tengok laki aku tido duduk kat kerusi sebelah aku, kesian tengok, aku nak panggil dia suruh bersandar kat katil aku tapi tak larat nak bersuara pun, so aku tido la balik. Anak beranak tido dalam labour room tu sampai pagi tak pasti pukul berapa, pukul 8pg agaknye nurse masuk nak bawak aku g bilik aku balik. Tapi nurse tu agak kerek ye, dia suruh aku tukar baju baru, so aku pun cuba la bukak baju tapi susah, dia pon tolong la sekali dia tengok tali belakang baju tu semua aku ikat teurs dia bising ‘’ sape yg ikat tali ni ?’’ aku la yang ikat. ‘’ orang kata tak payah ikat, dia pegi ikat, orang dah bg keje senang sengaja nak susah2 kan orang ‘’, mana aku tau tak payah ikat, takde sape cakap pon aku ikat je la, aku marah tapi dalam hati je la, malas nak layan. Pastu dia suruh aku pindah katil tapi haram tak di tolongnya. Dah la tube still attached kat tangan aku tak boleh tanggal kata dia sebab air/ubat tu tak habis lagi. Aku yg tengah sakit tu pon mengesot2 la slow2 ke katil sebelah, memang aku amik mase la kan, lantak. Pastu dia letak baby kay sebelah aku dan sorong aku masuk wad.

Maka bermula la episode aku sebagai seorang mama baru. Berbunga2 sangat hati bila tengok baby aku yg semangat lagi comel tu tido lam bakul tu. Laki aku pun sama, asyik tenung baby je keje dia, tapi dia tak boleh stay lama, mase tu bukan mase melawat, so dia balik rumah tido kejap and mandi semua, kul 12 datang balik. Aku berdua je dengan Iman. By the way, Roslina dah takde kat katil sebelah, dah tukar orang lain, sorang akak yg mengandung jugak tapi baru 32 weeks, dia kata baby dia punye movement tak kerap, so kene tahan wad untuk di monitor. Tapi tu 3rd baby dia so dia cool jek. Baik akak tu ( akak ke, sebenarnye muka dia cam muda je lagi, tapi since anak dia dah 3 aku panggil akak la,hehe). Sekali tengah aku relex2 sekali baby muntah-muntah, mula2 sikit, pastu banyak, warna muntah tu pun mula2 kuning2 camtu, lama jadi coklat, pastu merah. Aku yg tengah sakit tu pun terus je grab dia dan terlangkupkan dia sambil tepuk2 belakang dia. Mulut tap putus2 sebut allah. Terkejut gila ok tengok baby kecik camtu tiba2 muntah keluar darah. Pastu aku nak tekan button panggil nurse tapi tak sampai, nasib baik akak katil sebelah datang tolong. Aku dh cuak gila. Nurse pon datang ambik baby bawak g mana tak tau. Dalam hati aku masa tu risau sangat, jangan la jadi ape2 kat anak aku. Nak tido pon tak lena dah pikirkan baby je.

Pukul 12 laki aku datang tengok baby takde, aku pun cerita la. Lama nurse tu bawak baby pegi tak tau ape cerita nya. Tak lama pastu kawan laki aku datang. Dia pun pelik gak tengok baby takde, aku yg tengah risau tu suruh diorang g carik. Elok diorang keluar g carik baby pon dibawa masuk, nurse kata takde ape2, semua okay. Bila aku cerita kat kawan laki aku pasal baby aku muntah keluar darah dia relex je cakap kat sini memang macam tu, dulu ade sorang kawan dia pun exerience macam tu jugak, probably sebab lepas baby lahir tu cecair2 dalam badan baby (cecair yg baby makan dan minum mase dia duk dalam perut aku) tak keluar abis, tu yg baby muntah. Tapi since nurse kata takde ape aku lege la. Petang2 sikit sorang lagi kawan laki aku datang ngan wifenye. Rupa aku memang tak semengah la masa tu, dah la tak mandi, cuma gosok gigi je,hehehe. Kawan2 aku tak datang ke ? kawan2 aku datang rumah terus. Zira ngan Cipin, Zasya and Haizad (tunang adik ipar aku) tunggu kitorang kat rumah aku.

Actually lepas bersalin tu takde ape dah, boleh je balik. Doctor pun kata kalau baby dah kencing dan berak, ibu pun dah kencing then boleh la balik. Tapi masalahnye aku tak kencing2. Aku takut sebenarnye nak kencing, rase gabra bila memikirkan ade bekas jahit kat situt. Takooottt. Baby pulak dah berak, tapi tak kencing2 sebab dia tak minum susu pun, asyik tido je since lahir. (By the way, masa first tukar dipers baby, laki aku tak reti, terkial2, sudahnye akak katil sebelah yg tukarkan, dia memang pro abis la). So bila nurse masuk aku bg tau la baby tak menyusu lagi, cemane? Nurse pon ajar aku macam mana nak susukan baby, dan bila kat hospital harusla tak boleh bagi susu formula, susu badan sahaje ye. Sungguh2 nurse tu ajar, aku pun sungguh2 nak menyusukan, tapi baby bertuah tu boleh tak nak hisap. Aku selalu dengar orang kata baby akan ade natural instinct untuk menyusu badan tapi baby aku, putting dah ade dalam mulut dia boleh buat bolayan jek. Hampeh. Nurse tu pun dah tak tau nak buat ape, sudahnye dia blah jek. Tapi ade sorang nurse ni, datang konon2 nak tolong aku menyusukan baby, sudahnye tolong tak, dia sibuk nak jual jamu kat aku, jamu maharani katanya, boleh gitu. Pastu dah aku taknak beli dia lepas geram kat baby aku. Dia tolak2 kepala baby aku suruh menyusu. Geraaammmm sangat aku tengok.

Lebih kurang kul 8mlm baru aku balik. Doctor pun dah bg ubat and all the papers needed. Aku pun dah kencing (air mata meleleh skit masa tu, ngeri), baby pun okay walau pun still tak menyusu lagi. Pastu makcik aku datang dengan anak2 nye, canteq la, dirang tolong aku angkat barang2, beg2 dan hadiah2 bawak masuk kereta. On the way balik rumah dalam kereta bersembang2 ngan laki aku, dia cakap dia sebenarnye kesian sangat tengok aku lahirkan baby, kesian tengok aku sakit, dia tau ade satu masa aku dah tak larat sangat, tapi dia tak tau nak tolong aku macam mana. Menangis2 dia masa tu. Aku pun menagis la jugak, terharu dengar dia cakap macam tu. At that moment memang la rase sayang sangat kat laki aku dan baby aku, and I know he feel the same. Tapi sekarang ni rase geram je kat dua2 bapak ngan anak tu. Yang bapak suka marah2, yang anak kuat meragam. Tapi sayang tetap sayang.

p/s: Sekarang Iman dah 9 bulan, semakin pandai, semakin active dan semakin kuat meragam.hehe

Sekian, Terima Kasih.

Lets talk about Tomok OIAM season 3


Tengah bersemangat gile ni menyayi, muka pun intense gile

Pagi tadi tiba2 aku rase macam nak tulis pasal Tomok menang OIAM la, sekali aku bukak blog terus perasan dah ade orang cerita pasal Tomok menang. Tapi aku nak tulis jugak. Tak kira.

Aku kan sebenarnye tengok OIAM first season dulu ( masa Faizal Tahir tak menang tuh), masa tu memang setiap Jumaat tak tinggal, dan mase tu aku pun anak dara, takde keje lain, balik keje mengadap TV jek. Season 2 aku kurang sikit, kejap tengok kejap tak, tapi final aku tengok la ( yg Siti Sarah kene eliminate masa final tu). Tapi season kali ni makin sikit, aku tengok masa uji bakat tu awal2 tu ( time ni la syok tengok sebab boleh gelak2 tengok gelagat orang2 yg ade hati nak menang sejuta tapi suara cam ekkkkkkkk), pastu aku tak tengok dah sampai masa emilia kene singkir tu baru aku tengok balik, itu pun tak habis ( tapi sempat tengok Tomok perform, bersemangat gak budak tu menyanyi time tu) pastu last Friday aku tengok final.

Actually awal2 masa dia kata Tomok have the lowest vote tu aku kaget gak jap, tapi terus aku suspect ni mesti ade twist ni sebab aku ingat the week before diorang ade mention pasal possibilities all three to perform on final, sekali betol..aku dah agak dah ( ayat poyo aku, cam bagus la konon,hehehe). Obviously kalau tengok pada performance all three of them pada malam tu memang la Tomok punye performance yg the best tapi diorang memang la suka buat suspend, jap2 announce sapa current highest so that more people will vote. Marketing strategy la tu. Tapi strategy diorang tu memang berkesan la sebab sudahnye aku pun vote sekali. Tak pernah2 aku vote tiba2 aku sms 3 vote untuk tomok. Prepaid aku pun banyak,hehehe. Sekali Tomok menang dan aku feeling2 dia menang sebab aku punye vote, muahahaha. Tahniah kepada Shah Indrawan tu yek.

Anyway, aku still rase contestant OIAM yang paling berbakat sekali adalah Faizal Tahir. Dia pun kes yg sama jugak, aku mula2 just tengok jek, sekali pon tak pernah vote, sekali mase dia punya last performance masa final, the medley, aku terus cam kagum gila sebab performance dia mase tu memang pada aku terbaik dan sangat hebat giler2 tak hengat sangat2. Terus aku vote dan vote dan vote ( 5 je rasenye aku vote). Sekali dia tak menang. Akak hampe. Tiba2 tengah malam aku dapat sms saying vote aku tak diterima ( or something like that la) WTF?...Then the next day aku tengok tv, baca paper, baca blog, rupa2nye bukan aku sorang je smsnye kene reject, ramai lagi yg vote lambat mase malam tu, vote nye tak diterima due to system malfunction or something. So kesianla Faizal Tahir, sebab dia yg buat last performance malam tu, dan it’s the best performance ever, tapi sayang most of the votes that was send during that great performance are not accepted because of the stupid system malfunctions. Kalau tak mesti dia menang, sebab aku vote dia.hehehehe. Tapi Suki yang menang dan dia pun seronok2 gila dapat sejuta lalu dia pun guna duit tu buat blond rambut gila2 ala2 Paris Hilton celup katanya. hehehe