Tuesday, April 14, 2009

Lets talk about jiwang karatzz

Semalam aku beli Novel baru kat MPH Sg Wang Plaza. Aku beli novel melayu, novel cinta gitu, kalau laki aku nampak aku baca buku ni mesti dia kata aku jiwang karat sebab haritu dia cerita receptionist kat office dia minah jiwang sebab dia nampak minah tu baca novel cinta melayu,jahat kan dia.Aku pun dah lama gila tak baca novel cinta melayu ni. Time aku fly dulu selalu jugak aku bawak travel buat baca masa boring2 kat hotel sorang2, lagi pun masa tu aku pun tgh bercinta kan, so memang agak jiwang skit la,hehehe. Dulu aku suka baca novel Norhayati Berahim. Tapi sekarang ni memang dah lama tak baca novel macam ni, asyik layan novel orang putih je pulak. Jadi, kenapa tiba2 aku beli novel cinta melayu ni ?

Kerana :

1. Lunch partner aku si Noq tu kata cerita ni sedih gila, banyak kali dia promo dan dia kata semua yg baca buku ni nangis banyak kali. Dia sendiri termenangis masa baca kat dalam komuter tapi cover2 gitu,heheh. So aku pun nak tengok sejauh mana sedihnya cerita ni seperti yg digembar gemburkan.

2. Sebab aku dah banyak sangat buku LBD kat dalam drawer kat office ni ( nak bawak balik letak kat rak buku rumah takut laki aku nampak pastu dia bising, dia suruh aku baca buku agama katanya, waaaaaa, tak solehah kah aku ?). So, saje la ingat nak tukar angin kejap. By the way bila aku kira2 aku dah ade 11 buah buku LBD yg aku beli dan baca continuously.

3. Sebab harga novel melayu ni same je ngan LBD tu, Cuma RM19.90 jek. So no biggie. Novel omputeh karang satu dah RM35.90. Aku kan save budget di zaman ekonomi meleset ni.

Buku ape kah yang aku beli:
Tak pernah baca buku penulis ni, first time ni.

Synopsis di belakng buku:

“ Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kerana kesalahan yang pernah dibuat pada saya.”

“ Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling.”

Andai itu takdir-NYA, dia akan menempuhinya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela.

“Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-NYA sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil.”

Waaaaaaaaahhh, agak drama sangat kan synopsis dia, pastu nampak cam watak utama tu kene aniaya jek. Aku sebenarnya tak suka cerita2 tak kesahlah novel mahupun movie atau drama swasta atau pun Cinetron sekali pon yang watak utamanya kene aniaya. Aku tak suka kalau cerita orang baik kene aniaya pastu orang baik tu sabar jek, biarkan je org jahat terlepas dan tak baling muka orang jahat ngan selipar jepun atau jerit balik kat si jahat tu se’das’ dua. Adakah ini bermakna aku suka jerit kat orang? Tidak kawan- kawan, aku adlah orang yang sopan santun dan pemalu, sebab tu selalu kene aniaya kat office ni. Benciiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.
Note:
Page 123 - sedih la pulak, sampai termeleleh air mata. Kat opis ni, so cover skit.
Page 170, 179, 181 - sedih tau, meleleh2 air hidung aku nak tahan nangis. Takci la sentuh bab anak2 ni harus la aku sedih.
Page 260,365,370,381 dan 399 jugak sedih, pendek kata buku ni memang penuh ngan cerita sedih, jadi disarankan kepada sesiapa yg nak baca buku ni supaya bacalah di rumah atau di tempat2 yg lebih privacy untuk mendapatkan kepuasan yg maksima.

5 comments:

Anonymous said...

hahaha, lawak.. bab baca buku agama tuh..:)..tpi sama le kita bab tak suka org baik kena buli penyabo no, tak best langsung untuk mantap diri sendiri..

eyda said...

betol tu...memang cukup tak suka...setuju bebeno..hehe

Norazirawati said...

dh baca ayat2 cinta? aku tgh baca... mil aku duk promote best sampai fil pun baca... so aku pinjam la buku dia..

eyda said...

Ayat2 cinta? tak pernah lagi. Nak menghabiskan ini pun asyik bergenang2 je mata aku baca kat opis ni. Kalau kat rumah harus aku feeling gila2 babi menangis,hehehe. Benci tau penulis ni, ayat dia sedih tau....

zhoull said...

eyda....ini kan buku yang mak suruh ko beli tu....mak rasa beroda sbb bagi air mata women ko jatuh baca buku ni...mak minta ampun ye....