Tuesday, September 1, 2009

Lets cook murtabak for berbuka puasa...

Hi, di bulan2 puasa ni rasenye tak sah kalau takde cerita pasal makan ye tak? In my case, since tak berpeluang lagi g pasar ramadhan (sebab laki aku dia jadi anti pasar ramadhan plak, kate dia ramai yang jual asal boleh jek,tak semua ye, segelintir) tapi teringin plak nak makan murtabak, so aku pun buat la murtabak sendiri kat rumah. Dapat resepi murtabak segera ni dari website myresepi. Tahun lepas dah buat dan mendapat sambutan, so tahun ni buat lagi. In my opinion, murtabak macam ni lebih sihat sebab kulit dia pakai kulit popia, so takde berminyak sangat.
Kali ni punye murtabak aku pakai inti sardin jek, sebab tu je yang ade..hehehehe

Murtabak sardin ku....
Murtabak Segera


Bahan-bahan ( 6 keping )
100 g daging cincang
2 biji ubi kentang
1 sudu setengah rempah kari
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
daun sup
minyak
1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
kulit popia
2 biji telur

Cara-cara
1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
3. apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
6. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.

Note: Aku pakai 2 lapis kulit popia untuk setiap satu, sebab kalau sekeping dia nipis sangat, senang koyak...

p/s: untuk orang2 diperantauan kalau teringin nak makan murtabak tapi susah nak jumpa boleh la try resepi ni..hehe

5 comments:

Anne said...

Another feveret!!

btw, kulit popia tu tak garing sgt ke lepas cook? nnt boleh la saya mencuba pula ;B

eyda said...

Takde la, tapi mase goreng tu pakai minyak sikit je, dan api slow je, sebab inti murtabak tu dah masak dah, cuma kita nak bg telur dalam tu masak je dan bg kulit popia tu garin skit...

Aku buat bebanyak selalunye pastu letak lam tupperware and simpan lam chiller. bila nak makan goreng, senang.

Anonymous said...

eyda, saya pon pernah buat once murtabak yg similar, hehehe

sodapkan..

oh, untuk tema masyarakat penyayang, haha, saya nak puji awak yg rajin cuba benda baru seperti memasak yg enak2 dan memanik, hehe.. dan juga berazam nak buat face mask sindri demi kesucian dan pesyen, hehehe..

sekian terima kasih, sessi puji

(erk, motip, dah lama terdetik, tapi tidak pernah tercakap, hahaha)

Anonymous said...

oh, entry kek bevday anak satu tahun juga kewl, extra effort for si kecil..

motip,?..

well, just wanna say out loud things yg pernah terlintas dalam hati, hehe

eyda said...

wakakaka....thanks kak dalia, banyak sungguh perkara yg terdetik lam hati awak yek...

Alah, akak ape kurangnye, sgt gigih cuba resepi dari majalah2 orang putih....