Tention - reason 2
Pada hari jumat lepas juga, semasa aku tgh sibuk2 ngan keje tetiba dapat call dari sorang customer ni. Dia kata nak tanye pasal insuran van dia. Ok la. Tapi soalan dia yg seterusnye buat aku rase,mmmmm...tah lah, bercampur baur. Rase nak marah ade, nak gelak pon ade, nak tengking kesian(sebab apek tua, dr style ckp pun leh tau), nak nagis pon ade...
Apek: Saya ah, mau tanya pasal insurance saya punya van ah, saya van bawak pekerja punya.
Aku: Ok nak tanya apa?
Apek: Itu pekerja kalau van eksiden, ada cedera punya, mcm mana saya mu claim?
Aku: You ade ambik insurance ape sir?
Apek: Insurance untuk van la, dia punya nombor WPT&%$..
Aku: Sekejap ya, biar saya check dulu. ( maka aku pon check la policy dia, mana tau dia ade ambik additional cover untuk liability for passanger ke , tetapi takde, policy dia sover standard je)
Aku: Sir, you punya insurance ni, insurance utk kenderaan sahaja ya, jadi kalau penumpang cedera kita tak bayar, tapi kenderaan you rosak kite boleh bayar untuk repair ya.
Apek: Apa pasal ini macam, habis kalau orang dalam mati macam mana?
Aku: Yg itu you kene ambik satu lagi insurance, Insurance kemalangan, atau kene ambik insurance utk pekerja, jadi kalau ade kemalangan pada pekerja kita bayar. Tapi yg ini hanya utk you punya van saje.
Apek: Mana boleh!! ( suara dah tinggi jerit2 lam talipon. Bingit telinga aku)..kalau itu driver cedera apa macam.
Aku: sama la sir, driver pon ade insurance lain untuk cover dia kalau dia cedera. Personal Accident Plan nama dia. Insurance kereta kita cover kereta, kalau nak cover org kene ambik insurance utk orang la.
Apek: mana boleh ini macam, habis saya ambik ini isurance untuk apa? lebih baik saya jgn ambik ini insurance.
Aku: (dah mula panas) Untuk buat road tax la. takde insurance macam mane nak amik road tak.
Apek: Saya ada bayar tau saya beli ini, bukan free tau
Aku: Yg you nak marah saya ni kenapa? (suara dah tinggi skit). Insurance kereta memang mcm ni la, you pegi mana2 company pon sama.
Apek: Habis driver pon takda bayar, bayar kereta saja. Apa kalau takda driver ini kereta boleh jalan sendiri ka. Apa guna insurance kite ambik macam ini. mana boleh ini macam...blahblahblah....(panjang plak apek ni bebel, aku dah malas nak explain dah sebab dia tak nak dengar pon pae aku cakap)....Cina ada ka sana, bagi saya cakap dengan cina...
Aku: you nak cakap dengan Cina, tunggu sekejap ah...(dgn pantas aku transfer call kat cina, anyway, dai ni memang under agent cina pon, aku ingat boleh la tolong jawabkan kalau setakat soalan2 pasal kerata ni, sekali soalan dia cepu emas sgt)...
Aduhai....sakit kepala aku. Kesian pon ade kat apek tu sebab mungkin all this while dia ingat insuance ketera yg dia ambik tu cover orang2 lam kereta kalau mati ke cedera ke, tapi sebenarnye tidak.
Pada sape yg tak berapa nak paham cam apek ni, meh aku explain.
Insurance kenderaan yg korang beli tiap2 tahun utk kereta korang tu, standardnye adalah untuk cover sebarang kerosakkan kepada kereta korang, kalau kemalangan langgar kereta lain, langgar orang, kene curi, kereta rosak tengah highway kite hantar towing service and things like that. Tidak cover kecederaan driver dan penumpang ye, melainkan korang ade ambik additional cover semase membeli insurance kereta itu ( selalu orang suka2 budget2 sgt sampai ambik yg sgt basic, dan market value kereta pon letak yg lower then minimum)
Contoh additional cover ialah:
Windscreen - kalau cermin pecah, maka boleh la anda hantar repair kat workshop dan claim balik kat isnruance company tanpa perlu risau akan NCD ( No Claim Discount) anda sebab ia tidak akan terjejas langsung.
Liability to passangers - Sebarang kecuaian anda semasa memandu sehingga menyebabkan penumpang tercedera akan dilindungi juga oleh insurance. Kita tengok kes juga ya. Kalau disebabkan dilanggar oleh orang lain atau kereta dari belakang maka kite akan claim dari insurance orang yg melanggar la. Third Party Claim namenye.
Liability of passanger - ini pulak kalau passanger korang cuai dan menyebabkan kecederaan kepada orang diluar kenderaan korang. Contoh:- penumpang tiba2 bukak pintu sampai ade motorist kat luar tak sempat elak, terlanggar pintu dan cedera.
Special Perils - kalau berlaku bencana alam, banjir, gempa bumi, rusuhan dan sebagainye sampai kereta korang menjadi mangsa keadaan, maka boleh lah claim insurance company.
Additional driver - selain pemandu, korang boleh tambah nama lain dalam policy kenderaan anda, so in case kalau kereta accident masa org lain tu yg bawak, bila nak hantar workshop and claim insurance nanti takde la kene bayar dende.
Agreed value - kalau kereta korang accident sampai total lost / hilang, company akan bayar balik amount yg korang insurance kan walau pun market value kereta itu pada mase itu adalah rendah dari amount yg diinsuran kan. Tapi this only applies utk kereta yg berumur 5 tahun kebawah, dan tak pernah claim langsung dalam tempoh itu. Agreed value tu pon harus la tidak lebih/kurang dari 10% daripada market value kereta itu semasa korang beli insurance tu.
Motorist Personal Accident - Ni plan yg khas cover untuk pemandu dan penumpang punya kecederaan ya.
Ok, itu lah sedikit sebanyak pelajaran pasal insurance kenderaan pada hari ini. Itu pon yg mane aku tau la. Lebih lanjut pasal claim2 ni pon aku takde la pandai sgt,sebab aku tak handle claim kan, aku jual je, so basic knowledge aku boleh cerita. Kalau terlampau technical sgt aku kene refer pada yg lebih pakar.
Tapi additional2 cover tu semua, kalau korang berminat, kene lah bayar lebih, sebab setiap satu charge nye di kira berasingan. Dan ianya tidak compulsory, tak nak beli pon takpe, sebab itu ramai yg tak beli, pastu bila dah accident mula la buat lawak cam apek tu, nak marah2 jerit2 kat ibu mengandung yg tengah tention cam aku....Ape lah nasib....
No comments:
Post a Comment