Wednesday, May 20, 2009

Lets talk about thinking before talking


Pagi tadi, masa aku tengah bersiap2 nak g keje aku terdengar perbualan antara Ally Iskandar, Ahmad Fidtri Yahya dan Wardina Kat MHI. Ally cakap dia pernah terbaca, atau terdengar ke aku tak pasti, tapi itu tak penting sgt, yang aku nak cerita ni adalah perkara yang dia bincangkan tu berbunyi lebih kurang macam ni:

Tuhan kurniakan kita dengan sifat dan anggota yang mana ada antara anggota badan kita ni sepasang macam tangan, kaki, telinga, mata dan sebagainye. Manakala anggota badan yang selebihnye tuhan ciptakan satu sahaja macam akal, hidung, mulut, hati dan sebagainya. Kalau diperhatikan, semua anggota badan yang tidak berpasangan tu diciptahan sebaris pada badan kita dari atas hingga kebawah dan ia sangat berkait dan bergantung antara satu dengan lain.

Contohnye, akal, hati dan mulut, setiap ape yang bakal kita sebutkan dari mulut harus la terlebih dahulu difikirkan oleh akal dan ditimbangkan oleh hati sebelum di bicarakan pada dunia. Renung-renungkan lah wahai kawan2.

Moral of the story, JANGAN LA MAIN SEDAP MULUT JE CAKAP APE YANG KORANG SUKA TAPI TAK PIKIR PERASAAN ORANG LAIN. PAHAM.

Sekian. Terima kasih.

No comments: