Thursday, May 14, 2009

Lets talk about to do OR want to do


Sesungguhnye aku bersyukur……..sebab hujan turun awal pagi. So pagi tadi bangun nak g keje rase sejuk je, tak macam hari2 sebelum ni yg sangat panas sampai Iman tido pon gelisah je pastu berpeluh2. Tapi disebabkan hari yg dingin dan nyaman ni jugak la aku tak berjaya bangun sahur pagi tadi,hikhik. Aku gak yg ngok, sape suruh tak pasang alarm, berangan konon2 bleh bangun sendiri. Aku actually dah tersedar awal tau, tapi tak sure pukul berapa sebab jam ( terletak diatas meja tepi katil) telah dilindung dek badan laki aku yg besar, aku plak malas nak bangun tengok so aku sambung tido. Bila aku terjaga balik dah kul 5.45am. ALAMAK. Tapi tak kesah la, since harini pun redup dan sejuk je, aku proceed jugak la puasa, kalau tak bila plak aku nak habis ganti puasa cam ni. FYI, tahun lepas aku terpaksa ponteng puasa 19 hari sebab mase tu aku dalam pantang ( bukan on purpose tau). So far aku baru ganti 3 hari je,hehehe. So aku budget2 pas ni aku akan gigih kan diri puasa setiap hari isnin dan khamis untuk memastikan before Ramadhan this year aku dah habis ganti semua. Kalau tak satu hal nak ganti double and bayar fidyah bagai weh. Lagi pun aku sekarang kan tengah in a mission to loss weight, so sambil aku ganti puasa sambil jaga makan sambil jaga badan dan kesihatan jugak la. Ala2 sambil menyelam minum air masak 8 gelas sehari gitu,hikhik.

Enuff about that, tadi aku boring2 pastu dok pikir ape aku nak buat? Actually banyak jugak bende aku nak kene buat tau, but not like right this second, tapi dalam mase terdekat. Ade beberapa perkara yg aku nak buat dan kene buat.So, below are my “to do OR want to do list”.

To do:

1. Buat kek oren yg Gwen order ( last weekend tak buat sebab dia on leave plak isnin dan selasa so plannye Ahad ni aku buat la)
2. Ganti semua puasa yg aku dah tinggal ( ade 16 hari lagi)
3. Buat puding longan ( sebab laki aku dah macam suka pulak)
4. Pegi course kat SC this Saturday ( yg ni aku terpaksa buat sebab kalau bukan sekarang lain kali pon kene buat jugak)
5. Maintain counting calories in my food consumption. ( so far so good walaupun kadang2 susah sebab rase nak makan macam2)

Want to do:


1. Buat kek Apple dari resepi Mat Gebu ( yum yum….resepi dia nampak sedap sgt)
2. Beli digital camera sony color pink ( aku dah aim dah, cukup bulan aku akan rembat dengan pantas,hehe)
3. Cuba untuk melilit selendang ( aku boleh buat tapi tak expert, so kene cuba lagi style2 yg sesuai hingga jaya sebab aku suka selendang)
4. Tempah blouse (aku ade satu kain chiffon corak butterfly, cantik sgt kalau buat blouse, tapi tak sure nak tempah kat mana dan bila?)
5. Watch “ he’s just not that into you” ( nak tengok sgt lagi2 bila tau Scarlet Johansson act as a yoga instructor)

Cukup la itu saje. Rasenye semua perkara dalam list tu takde la susah sgt nak dibuat pon, senang bah itu.

p/s: psssssttt…saje nak gossip, aku dah turun berat 2 kilo…hehehe….aku girang dan semangat untuk terus berusahaaaaaaaaaa….

No comments: