So last weekend we went to attend a wedding of one of my husband’s close friend who finally get married at the age of 31. He is kinda “the joker” among the friends and he still making jokes on his wedding even when he’s sitting on the pelamin. Tapi wedding tu memang meriah sebab ramai kawan2 yang datang and mostly kawan2 yang datang tu dah kawin dan beranak pinak dah. Kira anak aku Iman tu yang paling baby la sebab ade kawan2 yang lain dah bawak anak 2,3 orang dah.
So semalam, selain dari dapat jumpa kawan2, dapat jumpa baby2 diorang, tengok sape2 punye baju lawa2, dapat makan ayam cicah air asam ( favorite aku ) ade something else yang menarik minat aku and aku dok perhati dari aku sampai, sampai la aku nak balik. Korang rase ape? Eheheheheh ……..mesti korang rase aku psycho or kepale hotak aku dah kronik tapi semalam aku dok perhatikan size badan bini2 kawan2 suami aku. But I have a good reason for doing that okey,and it’s all my husband’s fault. Sebelum g wedding tu aku dok try2 baju ape nak pakai and finally decided nak pakai baju kurung kain sari warna pink (yang aku baru pakai sekali mase raye 2 tahun lepas yang aku baru perasan rupa2 nya aku dah muat pakai. Ini bermakne aku dah kurus sikit tapi takde la kurus mane sebab 2 tahun lepas ade satu era tu aku gemuk, pastu tiba2 aku kurus ngan mendadak pastu terus aku kawin). Aku tanye laki aku ok tak baju aku tu? Sekali dia kate aku nampak cam makcik2 sebab baju tu takde cutting. Baju kurung johor memang la takde cutting and baju kurung moden aku yang ade cutting semua sempit lagi, aku lum cukup kurus nak pakai lagi. So untuk menjimatkan mase dan mengelakkan aku selongkar almari and try semua baju (which I started doing after hearing his comment) laki aku pun kate la baju tu okey.
Jadi, kerana insiden komen laki aku yang kate aku nampak cam makcik2 tu sepanjang perjalanan nak g wedding tu aku dok pikir je, ye ke aku nampak cam orang tua pakai baju kurung? Orang lain pon nampak tua tak agaknye? Mesti sebab aku gemuk buat aku nampak tua? Orang lain gemuk tak agaknye? Kalau aku make up gila2 boleh nampak muda tak?( which is why aku make up gila2 semalam, untuk mengelakkan nampak tua).
So korang boleh bayangkan la kan dan faham la dengan obsession aku memerhatikan wanita2 dan isteri2 yang datang majlis tu. Dan aku boleh umumkan disini, kalau ade 20 bini yang datang bawak anak, cuma dalam 3 orang je yang berbadan kurus langsing, yang lain semua bulat2, lebar2 dan gebu2 cam aku. Jahat tak aku kalau aku cakap aku agak lege,hehehehe. Maknanya bukan aku sorang je yang gemuk pas beranak, ramai lagi orang lain yang gemuk jugak lepas beranak. So it’s normal but that doesn’t makes it okey for me to stay this fat. Aku masih lagi menyimpan harapan setinggi gunung nak kembali ke size badan anak dara, lagi2 bila ade yang kate suami aku nampak kurus semalam, lagi kurus dari mase kitorang kawin dulu. Waaaaaaaaaaaaaaa.
Malam tadi aku sangat determine nak puase harini tapi bangun tido pagi tadi laju je aku g minum air masak ( aku amalkan minum air masak sebaik saje bangun tido, petua awet muda, tiba2 laki aku g kate aku nampak cam makcik, cissss), cancel puase harini. Puasa esok je la. Anyway, pg tadi sampai2 opis, on PC, tengok blog itu ini dan aku ternampak satu gambar kat blog ninie ahmad yg buat aku jealous.
Gambar Daphne Iking. Tapi aku bukan jealous sebab Ninie amik gambar ngan Daphne, aku jealous tengok Daphne kurus gila sampai nampak tulang pipi dan aku tau gambar tu gambar latest Daphne lepas dia bersalin. Terus aku ala2 bercita2 nak kuruskan badan sampai bukan setakat skinny tapi sampai bony, sampai korang leh nampak tulang pipi, tulang dagu, tulang siku, segala tulang aku la. Boleh gitu……..
5 comments:
Dan aku boleh umumkan disini, kalau ade 20 bini yang datang bawak anak, cuma dalam 3 orang je yang berbadan kurus langsing, yang lain semua bulat2, lebar2 dan gebu2 cam aku. Jahat tak aku kalau aku cakap aku agak lege,hehehehe. --- huhuhu, jahat tawww, but it so true, sedikit lega bila tengok orang lain pun tak berapa nak kurus
i've been there babe!! sila usaha dgn lebih giat!!! dan sila elakkan berada di tempat atau situation yg akan membuatkan ko rasa rendah diri. ehheeheh.
akak dah sebulan tak dinner. makan nestum je malam. nasik pun sgt jarang2 makan. makan lauk saje. skrg dh muat balik jeans lama sblm pregnantkan ryan. sgt suke...
K.Dal - Betol kan, sedikit lege, so saya takde la jahat sgt kan.hehehe
MK - Gigih betol ni, tapi usha berhasil ok la tu, I will follow you babe....
Daphne tu gi belly dancing kt myoga.. tp aku tak pernah terserempk dgn dia psl aku tak pernah gi kelas belly dancing tu... pinggang dgn perut i keras nk bergelek.. huhuhuuu...
Belly dancing ke? ko g la join dia zira, cam best jek. aku ade la dvd belly dancing kat umah, tapi buatnya jarang-jarang.hehehe
Post a Comment