Adepun harini aku boring nak mampos, aku tak tau nak buat ape, takde mood nak buat ape2 pun, nak main game pun takde mood sebab game2 yg ade dalam pc ni mahu pun yg aku masukkan dalam pc ni semua aku dah khatam, dah tak thrill dah. Nak tulis blog pun takde idea nak mengarut pasal ape. One more thing, aku puase harini, walau pun aku tak sedar nak bangun sahur kul 5 pg tadi, aku jaga2 dah kul 6 tapi aku niat je and pause jugak. Pg tadi laki aku masak telur for breakfast pun aku tak nak makan sebab aku puase. Tapi bila sampai je office, keje takde, nak cari keje malas, nak buat2 busy pon takde mood, boring nak mampus membuatkan aku rase nak keluar g cosway carik makan since aku dah start lapar tapi gagahi jugak sebab puase. Malangnya aku tak cukup gagah sebab kul 11 tadi aku dengan berat hati amik botol air aku dan minum dengan bestnye pastu terus amik keropok dalam laci ( semalam makan separuh, simpan dalam laci, bukannye aku selekeh simpan makanan dalam laci tau) dan makan dengan nikmatnye. Berdosanya aku, lemahnye aku dan most importantly mengada-ngadanya aku, nak puase satu hari pun tak boleh sebab tak sahur, macam budak kecik sgt padahal dah jadik mak orang. I blame the mood swing and this boring office for it.hehehehe (sorry zira, aku harap ko teruskan usaha murni kau berpuasa harini ok).
So dah kul 12, aku nak g cari makan, pastu 12.30 (the real lunch time hour) aku nak g pavilion memulakan quest aku mencari something untuk dilekatkan di kasut silver aku a.k.a kasut hantaran aku yg berusia setahun lebih dan baru pakai beberape kali je past uterus tak pakai sebab riben2 kecik kat depa kasut tu tercabut satu demi satu, damn you cheap shoes. Tapi sebab kasut tu cantik aku gagah dan bertekat nak repair the flaws dengan carik something yg sesuai utk dilekatkan di depan kasut tu menggantikan riben2 tu. Aku ade gam tembak yg guna buat hantaran tu, leh aku gam kat kasut tu nanti. Pastu nak pakai hari ahad ni mase adik ipar aku kawin.ehehehe. good luck to me.
Some ideas.
1 comment:
aku masih gagah ni.. scroll down tgk ada gambar kek oren terus aku terliur.. benci tau!! walau apa pun akan ku gagahi.. BERUSAHA LAH!!!
Post a Comment