Takde mood sgt nak keje harini sebab dah cuti lame. Aku cuti dari hari jumaat pulak tu, aku mc sebab demam. Iman pulak batuk and selsema (aku berjangkit dia la sampai demam2) tapi nasib baik dia tak demam. Aku risau jugak kalau dia demam panas. So last weekend walaupun cuti panjang kitorang satu family lepak kat rumah je. Aku dgn Iman pas makan ubat je terus layan tido, memang tu je keje kitorang, tidoooooooo je, kesian laki aku boring,hehehe. Tapi disebabkan banyak tido @ rehat tu jugak la pas 2 hari je kitorang dah sihat dah, Cuma tinggal batuk sikit2 je. Aku kesian tgk Iman terbatuk2 tapi kan sebenarnye dia batul cute sgt bunyinye,hehehe. Pastu dia sejak akhir2 ni suka buat2 batuk, batuk manja2 camtu pastu dia senyum, dia tau agaknye aku suka tgk dia batuk. Alamak rindu pulak kat Iman.
Anyway, baby Iman sekarang umur dia dah 6 bulan dan dia dah tumbuh gigi, yeaaayyyyy. Yap, 2 batang gigi kapak belah bawah dah mula nampak, cute je. Pastu since gigi tu dah mula keluar dia dah ade habit baru, sekarang ni kalau dah tak nak susu dia suka gigit puting botol susu dia tu, kalau dulu dia tolak je pakai lidah. Amboi ambooooiiii. Pastu suka gigit2 jari aku ( dah aku gatal meraba2 gigi dia memang la dia gigit).
Ok lah, sampai sini saje utk hari ini. Aku sebenarnye ade bende nak sembang ni tapi malas gile nak menaip harini. Harini memang hari malas aku. So esok je la cerita. Daaaaaa.
No comments:
Post a Comment