List tiba-tiba :
1.Sejak semalam aku tiba-tiba adore Tuanku Nur Zahirah dan menjadikan dia Idola aku sebab aku rase dia sgt cantik dan personality dia sgt menarik tapi aku tau aku tak mampu nak ade baju2 cantik macam baju dia. (FYI : Tuanku Nur Zahirah tu permaisuri agong iaitu bini kepada Tuanku Mizan tau zira, kau jgn tak tau pulak..hehehe).
2.Aku tiba-tiba rase kesian sgt kat bekas isteri AC Mizal iaitu Shafnie who by the way aku rase sangat cantik dan jauh lebih cantik dari isteri baru AC iaitu Emilia Rosnaida.
3.Aku tiba-tiba rase macam nak masuk kelas jahitan dan belajar jahit baju kurung moden dan yang lebih berfesyen canggih2. Lepas tu aku berangan kalau aku dah pandai nanti aku boleh la ambik upah jahit baju dari rumah.
4.Aku tiba-tiba teringin sangat nak berenti keje dan duduk rumah jaga anak je sampai aku terpikir nak ambik upah jahit baju dari rumah tapi aku sedar aku tak cukup ilmu.
5.Aku tiba-tiba beli majalah mingguan wanita dari kedai india kat ground floor tu tadi padahal niat aku g situ cuma nak beli roti pastu aku rase majalah tu boring gile.
6.Aku tiba-tiba perasan yang sebenarnye banyak gila produk pelangsingan badan kat pasaran sekarang ni mase aku bace mingguan wanita tadi tapi aku tak yakin pon dengan produk2 tu semua. Aku rase macam semuanya dusta semata-mata.
7.Tadi aku tiba-tiba masuk blog Hanis Zalikha dan aku jadi kagum sgt dengan kelangsingan dia dan lepas aku bace blog dia aku rase dia ni sgt down to earth orangnya, By the way, she’s so young and she’s a modal. Patut la dia langsing.
8.Aku tiba-tiba struggle memikirkan nak pakai tudung putih macam mane mase kenduri adik Ipar aku bulan depan sebab aku dah beli dah tudung dubai putih last week tapi bila pakai rase tak cantik pastu aku rase cam nak g jalan TAR sekarang jugak cari tudung tapi duit takde, kene tunggu gaji yang hanya akan masuk lagi seminggu, damn it.
Itu je list tiba-tiba aku harini sebab tiba-tiba tadi ade sorang noq call aku ajak g lunch kat sungai wang dengan berjalan kaki dihari yang panas tak hengat ni makan rojak buah dan aku tiba-tiba sanggup ikut sebab aku boring duduk kat office.Sekian.
No comments:
Post a Comment