Hi you all,
Tadi aku terbaca blog peejburhan ni pasal dia rase offended bila tengok ibu2 yg dgn selambenye menetekkan baby mereka dikhalayak ramai dan kawan dia yg sambil2 bersembang dgn dia tiba2 selamba selak baju netekkan baby depan2 dia. Kelakar aku bace cerita dia tu. Tapi aku tak pernah buat macam tu pasal baby aku menyusu botol sebab walaupun aku ni nampak macam kilang susu yang boleh buat pengeluaran besar-besaran tapi produktiviti kilang aku takde la mewah sgt, in fact tak mewah langsung sampai baby aku pon jadi tak heran, hampeh sgt,hehehe ( FYI, aku je boleh cakap macam ni, kalau ade org lain bg komen macam ni kat aku, aku tendang orang tu masuk longkang, benci tau). So, aku tak pernah ade masalah pasal nak bg susu kat baby aku. Kalau dia lapar aku keluarkan botol sumbat je la mulut dia abis cerita. Kat mane2 pon tak kesah.
Tapi memang tak di nafikan la ramai ibu2 yang macam tu, mak aku dulu pon macam tu jugak, selambe je depan2 aku dia boleh menetekkan adik aku, aku dulu kecik2 pon hisap susu dia jugak yetak.Yang penting baby yg tengah lapar tu mesti disusukan. Bezanya cuma ade ibu2 yang lebih pemalu dan sopan akan mencari tempat yang lebih tertutup untuk menyusukan babynye. Ade jugak yang tutup dengan selendang tak pon pada yang bertudung tu tutup je ngan tudung supaya takde la dada tu terdedah sgt sambil menyusukan anak. Tapi ade jugak yang selambe dan tak kesah menyusukan anak secara terbuka dikhalayak ramai. Mungkin pada dia bende tu biasa la, semua orang pon dah tau, pengetahuan umum gitu. Lagi pon susu ibu tu lebih bagus dari susu formula kan, so selagi ade susu ibu tu bagi je la kat baby.
Masalahnya ade orang yang tak boleh terima atau rase malu tengok ibu2 menetekkan baby. Walau pun mungkin kita rase " ala, semua perempuan pon ade tetek, ape nak malu " tapi tu tak bermakne perempuan lain tu suka tengok tetek perempuan lain. Aku personally malu rasenye nak menetekkan baby depan orang unless mase tu aku kat dalam ward bersalin dan semua orang kat situ pon menetekkan baby masing2 dan nurse2 dan doctor2 kat situ pon tak heran sebab tu memang dah keje diorang. Otherwise, aku tak kan openly menetekkan baby aku di khalayak ramai. Tapi aku tak rase malu tengok perempuan lain menyusukan baby, mungkin sebab aku dah ade baby kot, so aku tak sampai hati dengar baby menangis nak susu. Macam pernah sekali tu mase dalam putra LRT ade baby menangis nak susu tapi ibu dia tak bg susu sebab malu agaknye kat dalam LRT tu orang ramai gile, time orang balik keje kan, memang la train penuh gile. So, baby tu menangis je la. Alahai, tak sampai hati sgt aku dengar, baby tu pon kecik je rasenye baru 2-3 bulan macam tu. Nasib baik aku cuma nak g satu stesyen je, so kejap je la aku dgr baby tu nangis, kalau lame harus aku pon menangis sekali agaknye. Tapi kalau aku jadi ibu baby tu aku sanggup turun train tu, duduk kat seat yg ade kat tepi2 tu susukan baby. Dah malu sgt nak menyusukan baby dalam trainkan.
Tapi satu yang aku tak boleh terima kalau ibu2 ni selambe menyelak baju menyusukan baby dia kat tempat yang ade lelaki. Kalau lelaki tu laki dia sendiri takpe tapi kalau bukan tolong la jgn sampai lelaki lain nampak tetek kau. Aku tak leh terima. Walau pun lelaki lain tu dah kawin dan kita tau yg bini dia pon menyusubadankan baby dia, still it’s unacceptable, sebab tetek bini dia tetek bini dia la, tak same dgn tetek perempuan lain dan tak boleh disamakan sebab memang tak same. Aku kalau nampak ade perempuan tgh menyusukan baby, aku tak bg laki aku lalu situ, even kalau kat dalam baby changing room tu aku suruh laki aku ketepi, bg privacy kat ibu2 tu, tak rela aku bg laki aku tengok tetek perempuan lain walau pun tak sengaja. So, ibu2 sekalian tolong la jaga kesucian tetek anda dari pandangan lelaki2 ya.
Lagi satu yang tak sesuai ialah menetekkan baby di depan budak2 kecik atau budak2 sekolah. Ade perempuan2 ni mungkin dia pikir “ ala, budak2 je, tak kesah la” tapi sebenarnye tak sesuai sgt sebab budak2 tu, lagi2 budak yang baru nak belajar pasal malu, mak dia ajar jgn tunjuk anu deorang kat orang tiba2 dia tengok makcik ni dah tua tapi selambe jek tunjuk nenen dia kat orang, boleh pulak. Confuse budak2 tu jadinye. Pastu kalau budak2 sekolah pulak lagi tak boleh, lagi2 budak lelaki, time umur2 macam tu la diorang baru dengar2 dan get the idea about sex, tak pon baru dapat mimpi ke, tiba2 dia nampak pula makcik ni baik je menyelak baju dalam menetekkan baby, bayangkan imaginasi diorang, bayangkan puan2, arrgghhhhhh, malu aku nak bayangkan. Sedangkan aku mase sekolah dulu pon, kalau aku nampak ade makcik menetekkan baby depan aku, aku rase malu sgt pastu cam mengutuk2 dalam hati “kenape makcik ni tak malu sgt menetekkan baby dia depan aku, aku yang tengok pon malu padahal bukan tetek aku, kenape dia tak malu”.
Jadi pada pendapat aku, memang bagus kalau ibu2 dapat memberikan bayi mereka susu ibu tetapi tolonglah menjaga kesucian susu ibu itu. Cubalah hadkan pendedahan dada ibu2 kepada kaum2 ibu sahaja atau kaum2 hawa yg sudah dewasa sahaja ( sebab yang dah kawin or yg dah nak kawin ni lebih faham) dan tidak mendedah kan dada ibu2 secara terbuka kepada khalayak ramai terutamanya di tempat awam. Kalau nak berkorban untuk bayi anda pon berpada2 lah ye, nak tutup dada dgn kain pon bukannye susah sgt. Dekat shopping mall pon sekarang dah banyak nursery room yang lebih selesa untuk ibu menyusukan bayi. Terletak pada individu tu je untuk buat pilihan yang terbaik untuk bayi mereka, diri mereka dan buah dada mereka. Sekian.
2 comments:
was blog hoping..jumpa plak ur blog..
tu la kan..mmg la x salah nak susukan baby..cuma cara tu..
tgk la cerita me, myself & irene..mcm2 imaginasi lelaki tgk perempuan tu susukan anak die..sgt malu kan..
n yes..tetek tetap tetek..so harus la cover..kan..
btw..ur son sgt la comel..geram..
Thanks peej...i pon geram dgn dia..hehe
Post a Comment