Wednesday, July 25, 2012

Lets talk about breastfeeding and the cabaran-final part

Situasi sentap 1

Pada suatu petang ketika suami pulang dari kerja.

Suami: Amal ni asyik tidoooo je( masa ni baby belum sebulan ).
Aku: Baby memang la macm tu.
Suami: Tak, dia lapar nanti. Susu tak luak pon saya tengok ( refering to susu formula kat dapur).
Aku: Saya breastfeed.
Suami: Mane cukup.
SENTAP
Aku: Dia tido sebab dia kenyang la.

Tapi lepas tu aku buat jugak susu formula sebab dia buat aku psiko entah2 susu memang tak cukup kot. Padahal cukup je. Bagi susu botol baby pon x nak dah sebab dah kenyang.

Situasi sentap 2

Bila sekembalinye suami dari kerja bende partama yg dia ckp"awak tak boleh minum ice yang. Mas tu setahun pas bersalin x minum ice sebab menyusu. Nanti baby kembung. Minum nescafe pon tak boleh, makan pedas pon tak boleh, ini tak boleh itu tak boleh macam-macam tak boleh"... SENTAP
Semua bende yg aku suka x boleh makan ye selagi aku breastfeed baby sebab kawan dia cakap macam tu. Memang membakar semangat betul la nak menyusukan anak camtu. NOT.

Situasi sentap 3:

Ada satu hari tu Amal tido kejap-kejap je. So aku letih la sikit haritu sebab sepanjang hari nak mengulit dia je, tak boleh nk relax. Laki aku balik aku bagi tau la dia pastu suruh dia jaga baby jap aku nk mandi.

Suami: kenapa amal ni asyik berpeluh2 je.
Aku: panas kot, dia x mandi lagi tu.
Suami: entah2 badan dia x sedap.. Awak tak check ke tempreture dia. Awak ni asyik menyusu je ingat bagi susu awak je dah cukup.
SENTAP
Jangan hina susu aku okay.

Banyak lagi la situasi2 sentap yg boleh aku jadikan contoh kt sini tapi malas la nk letak byk2 nnti nampak cam entry laki bini bergaduh plak. Bukan ye, tak gaduh pon cuma semenjak dua menjak breastfeed kan anak ni sensitip skit bila org yang tidak pernah dan tidak akan boleh breastfeed anak bagi komen-komen tak membina pasal breastfeeding ni. Tak crita lagi pasal teori2 yang pandai2 direka2 oleh mereka ya yang kononnye aku kene makan nasi banyak kalau tak nanti susu kurang. Padahal sebenarnye susu banyak je tapi statement2 camtu boleh buat aku x semangat nak menyusukan baby sebab banyak betol pantang larangnye. Rimas. Pastu bila orang selalu cakap yang susu kita tak cukup lama2 kita pon percaya pastu susu pon betul2 kurang sebab sebenarnye its all depends on your believe, menurut kata dokter.

So suami2 kalau nk jimat belanja beli susu bagi la sokongan moral kepada isteri2 yang menyusukan anak ye. Kalau tak meraselah kau bayar ratus2 beli susu baby newborn yang mahal ittew.

2 comments:

MK said...

dont give up!!!! kemon eyda!! org zaman purba mana de susu formula. tgk anak2 derang semua jadik pahlawan apa. Hang tuan tun fatimah...kan..kan..

keep on breastfeed selama mampu & selagi bb nak. kemooonnnnn!!!!!! kgn dgr comment negative. kalau down..sila carik kawan yg bias yg akan selalu menangkan ko ye dek...

contohnye ahkak...akan pasti sebelahkan ko!!

good luck!

eyda said...

Thank you MK .. I lap you sebab menangkan saya... Hehe