Do you know that people in Denmark are the most happiest people in the world? I just knew about it thanks to Oprah ( tgh cuti boleh le layan TV puas2, but very informative kan). So maklumat ni semua aku dapat dari TV ya.
Why they are so happy although they have to pay 50% income tax every year :
1. Healthcare is free
So, boleh g hospital utk sakit ape sekali pon tak perlu bayar satu sen. Sape2 yg ade sakit kronik ke tak perlu risau and boleh dapatkan rawatan dgn percuma. Takde la terbeban macam org kat Malaysia ni. Aku selalu tak sanggup tgk org yg susah dan ade plak anak yg sakit kronik tapi nak dapatkan rawatan tak mampu sebab kene bayar sampai puluh2 ribu. Aku nak tolong sikit boleh la, tapi kerajaan kite tolong berape, adelah 200 sebulan. Nanges.mane cukup.
Kite pulak yg berpendapatan sederhana ni bila carik keje sgt la mengharapkan company tu ade medical benefit utk kite and family dan bila nak berenti keje pikir beribu kali sebab takut nanti kalau sakit tak mampu nk bayar medical expenses. Patut la kite selalu stress and tention.
People in Denmark don't mind paying half of their income to their goverment every year because they know it's for the benefits of others and to help the people in sickness and in needs. To them if everybody is healthy and happy then they are happy. Happiness in life is the most importain things. Kira macam bersedekah dan bayar nafkah la kan, tapi since bayar cukai tu adalah wajib bg mereka, confirm yg kaya kat sane memang bersedekah lebih banyak. Diorang bukan mata duitan cam kerajaan kat negara2 lain. Negara kite macam mane?
2. Education is free
So semua orang tidak kira miskin kaya boleh pergi sekolah, kolej, university with no problem. Not just that, University student kerajaan dia bagi elaun belajar 400 - 500 lagi. Jadi pelajar boleh concentrate on their studies tak yah pikir nak kene keluar duit banyak every semester utk bayar yuran, beli buku, beli baju sekolah, nak bayar tusyen and all. Nak belajar bukan bebanan utk mereka. So semua orang kat sane boleh hidup happy, healthy and well educated and if to achieve this they have to pay half of their income to the goverment so be it. Perfect. Gile perfect kind of living. Ko ado?
3. Less Crime
According to them ( Denmark people) in Denmark there are no homeless people. Kalau diorang takde keje, kerajaan akan bantu sampai diorang dapat kerja and also bantu carikan kerja according to their interest. So tak payah risau pasal tak makan ke hape. Dan nampaknye orang Denmark juga bukan materialistik, since diorang sanggup bayar cukai sebanyak itu. kalau diorang mate duitan harus pindah dok negara lain. So I guess because of that tak banyak jenayah berlaku kat negara itu sebab takde orang yg sangat susah sampai terpakse mencurik, dan takde orang yg sangat tamak yang sanggup merompak, menculik, mengedar dadah. Dan takde orang yg tak siuman sampai sanggup merogol and menagih dadah since medical kat sane free, kalau tak siuman g dapatkan rawatan. Tapi cemane nak jadi tak siuman kalau hidup happy and tak stress?
Diorang kat sane boleh selambe tinggalkan anak kat cafe kejap utk g toilet ke ape and boleh selambe tinggalkan baby dalam stroller kat laman rumah, baby tido nyenyak katenye, kat luar kan berangin, while the parents kat dalam rumah buat keje rumah with no worries. Kite sanggup? tinggal anak lam kereta nak bukak gate rumah pon tak berani, kereta boleh kene curik ngan anak2 sekali dicurik.
4. Non materialistic
Ade ke perkataan tu? but you know what i mean. Kat sane mostly mengamalkan hidup bersederhana. Rumah diorang cantik, modern bagai tapi barang2 dalam rumah sangat minima. Diorang beli yang perlu sahaja. Takde macam kite, almari baju sampai penuh tak muat2 pastu pening kepala nak carik baju susah pastu g shopping mall nampak sale nak beli lagi baju. Kalau kite g IKEA tu tgk banyak bilik2 kecik yg ade storage2 tersembunyi tu, rumah diorang kat sane mostly memang macam tu. Rumah kecik, barang tak banyak and barang yg ade disimpan rapi lam storage2 tersembunyi supaya rumah kecik tak nampak sepah. Oprah kagum gila tgk betapa keciknye rumah diorang kat sane padahal anak 5 orang. Less space, Less stuff, More life ( something like that) kata orang Denmark tu.
Diorang kat sane jugak banyak berbasikal and berjalan utk kemana2. Kira kereta tu kalau nak g jauh sgt baru bawak la. Tapi memang kebanyakkannye berbasikal even ke tempat keje. Menjimatkan cost dan tak mencemarkan dan tak menyesakkan bandar. Ini kat Copenhagan ye, bukan pekan2 kecik ke ape, bandar ye. jalan raye diroang tak sesak cam KL, diorang pon tak stress dalam jam cam orang KL pastu balik keje marah2 sebab tention kene tempoh jam hari2 ( very familiar ). Nyesal lak aku berenti MAS awal sgt, kalau tak mesti boleh dapat tiket free g copengahan. But then again, MAS takde flight direct g Copenhagan kan? Kurang menyesal.
5. Working hour ends at 4pm
How great is that. I gues since they are not materialistic kind of people, money is not everything for them and you dont have to work as if there's no tomorrow. Working hour habis terus je la balik pastu dinner sama2 dgn family 8pm dah masuk tido. Ini on working days sibuk keje bagai nak gile sampai tgh malam sebab nak dapat elaun/overtime lebih kalau tak cemane nak tanggung belanaj hidup kat Kl ni dengan hutang kereta lagi, sewa rumah lagi, nak shopping lagi pastu on weekend g berjoli sakan sebab nak hilangkan stress and tention keje....arghh...Does this sounds like a happy life?
6. One year maternity leave
Wowweeeyyy. Yang ni paling jeles ye. Kite nak tambah sebulan cuti bersalin from 60 hari jadi 90 hari pon berkira ya rabbi. Ini selamba je cuti setahun. Mereka mementingkan kesihatan dan kekeluargaan. gaya hidup sihat ya. Adakah productiveti negara mereka merosot kerana pekerja wanitanya cuti bersalin setahun? Adakah negara mereka jadi miskin sebab kene tanggung kos bersalin semua ibu2 disana? Adakah company2 disana bankrap kerana semua staff perempuan yg bersalin dapat cuti bersalin setahun? fikirkan2 lah dan selamat beramal.
7. Free thinker
Yang ni agak sensitif la sebab kebanyakkan diorang tak percaya tuhan and they say that church diorang lengang. Diorang jugak tak percaya dengan konsep semua pasangan mesti berkahwin. Oprah said even American pentingkan pasanagnnye berkahwin. Memang lah tak semua tapi mostly are still pro to get married and the concept of " if you want to stay together forever and have family you must get married". Tapi orang Denmark tak macam tu. Ade yang dah ade 3 anak baru decide nak kawin. Ada yg tak kawin sampai sudah and takde sape kata ape. Takde makcik2 yang asyik sibuk tanye " bile la ko ni nk kawin, umur dah dekat 30, nanti jadi anak dara tua baru tau"...blah blah blah.
Aku tak pulak sokong konsep tak percaya tuhan and bersekedudukan dan maksiat ni. Gile. Aku percaya tuhan. Tapi at least diorang tak buang anak2 luar nikah diorang. Tak macam orang kita. Bila dah termengandung, beranak senyap2 pastu lelaki tak nak bertanggung jawab, perempuan tak tau nak buat ape and cemane nak mengadap orang tua, takut orang tua malu dengan orang kampung yg for sure akan mengata berkoyan2 lalu si perempuan decide to membahayakan nyawa dengan bersalin senyap2 kat toilet hostel/rumah sewa, kalau ade complication ke nasib lah, pastu baby tu nanti buang je dalam jamban/longkang/sungai/bakul sampah/semak/tepi jalan, takpe janji takde orang tahu dan orang tuanya kat kampung tak mendapat malu.
Pada aku kita wajib percaya pada tuhan. Tapi kite kene tukar tabiat suka mengata orang. Biar lah anak orang tu perangainye macam mane pon makcik2 janji dia tak kacau kita. jangan sibuk mengata anak orang sebab kite tak tau anak2 kite esok ape pulak yang dibuatnye ( aku pon ade anak2 jugak so mengingatkan diri sendiri jugak). Baik jaga rumah tangga kite sudah. Lagi pon mengata orang kan berdosa.
So ade sape2 nak jadi warga Denmark?
p/s: aku skit gigi tapi tahan je la sebab nak g dentist mahal.
1 comment:
klinik gigi kt tangkak murah.. mak aku suka gi situ.. hehee...
Post a Comment