Monday, March 7, 2011
Lets try not to think about food
Lets watch Anne Hathaway naked
Maybe there's really a need to do those nudity scenes because they are trying to show how it's all about sex for both of them at first plus Jake sells Viagra for a living, so a sex scene is necessary but that does not mean that Anne Hathaway need to be in this movie. She could just not accept it snd let some new face actress do it coz it's soooo not worth it. Lain lah macam Titanic tu, Kate Winslet tayang tetek SEKALI je tapi movie dia meletops sakan, berbaloi jugak.
Sunday, March 6, 2011
Lets talk about the day two days before Amani were born
Ini adalah story flashback that happen two days before Amani were born, which means on 1 Feb 2011 ( mase tu public holiday ). Sepatutnya aku story kejadian picnic2 ni dulu, tetiba lom sempat post entry dah terberanak plak, hehe. Tapi since gambar dah ade aku story jugak la ye.
On that day aku feeling2 nak picnic sebab malas nak masak breakfast, so kitorang g drivethru kat petronas and order breakfast box tu, sekali budak McD tu kata
" kite takde la box2 camtu encik, tu kat tempat lain tu". Pulak....
" Tak semua McD ade breakfast box tu ke?".laki aku tanye
dia pun menjawab" semua McD same je tapi kite takde jual breakfast2 box ni"
" saye baru je makan kat Mid Vally minggu lepas"
dia jawab lagi " tu bukan Mcdonald agaknye". boleh pulak..
" habis awak nk kata saye tipu ke?"laki aku dah bengang.
" bukan la cik, tapi semua McD same je, tapi memang takde box2 camtu"..
Hmmmmmmmm...malas nak layan kitorang order je bende lain, spoil mood tul minah McD tu. Kalau tak tau jgn la belagak sombong. kata je lah takde, jgn kata customer tu salah sebab "customer is always right" and in this case customer memang right pon sebab sekarang kan dah keluar kat Tv iklan Box tu kan...
My darlings
Aku sampai2 memang terus serbu makanan, cari port baik tepi hutan tu while laki aku layan Iman main2. Elok aku makan tetiba seekor monyet approach aku, makin lama makin dekat. Aku ingat memula dia cam dtg tengok2 kitorang je ( boleh pulak) tapi bila dia makin dekat kearah AKU, baru aku terpikir dia sebenarnye nak serbu makanan aku. By then dia dah tersangat dekat, aku tetiba bayangkan kalau dia melompat memang terus sampai kat aku, silap2 dia terus terkam muka aku. Dengan gelabahnye aku jerit sambil tangan sibuk selamatkan makanan2 yg ade ( makanan sahaja, beg wallet camera and handphone aku tak bother) , dengan terhegeh2 membawak perut aku cabut. Sib baik monyet tu tak keep on kejar aku, panik okey. terus carik meja jauh skit utk sambung makan laju2. Beg aku tu laki aku g selamatkan. hehe.
Thursday, March 3, 2011
Lets be amaze at people in Denmark
Do you know that people in Denmark are the most happiest people in the world? I just knew about it thanks to Oprah ( tgh cuti boleh le layan TV puas2, but very informative kan). So maklumat ni semua aku dapat dari TV ya.
Why they are so happy although they have to pay 50% income tax every year :
1. Healthcare is free
So, boleh g hospital utk sakit ape sekali pon tak perlu bayar satu sen. Sape2 yg ade sakit kronik ke tak perlu risau and boleh dapatkan rawatan dgn percuma. Takde la terbeban macam org kat Malaysia ni. Aku selalu tak sanggup tgk org yg susah dan ade plak anak yg sakit kronik tapi nak dapatkan rawatan tak mampu sebab kene bayar sampai puluh2 ribu. Aku nak tolong sikit boleh la, tapi kerajaan kite tolong berape, adelah 200 sebulan. Nanges.mane cukup.
Kite pulak yg berpendapatan sederhana ni bila carik keje sgt la mengharapkan company tu ade medical benefit utk kite and family dan bila nak berenti keje pikir beribu kali sebab takut nanti kalau sakit tak mampu nk bayar medical expenses. Patut la kite selalu stress and tention.
People in Denmark don't mind paying half of their income to their goverment every year because they know it's for the benefits of others and to help the people in sickness and in needs. To them if everybody is healthy and happy then they are happy. Happiness in life is the most importain things. Kira macam bersedekah dan bayar nafkah la kan, tapi since bayar cukai tu adalah wajib bg mereka, confirm yg kaya kat sane memang bersedekah lebih banyak. Diorang bukan mata duitan cam kerajaan kat negara2 lain. Negara kite macam mane?
2. Education is free
So semua orang tidak kira miskin kaya boleh pergi sekolah, kolej, university with no problem. Not just that, University student kerajaan dia bagi elaun belajar 400 - 500 lagi. Jadi pelajar boleh concentrate on their studies tak yah pikir nak kene keluar duit banyak every semester utk bayar yuran, beli buku, beli baju sekolah, nak bayar tusyen and all. Nak belajar bukan bebanan utk mereka. So semua orang kat sane boleh hidup happy, healthy and well educated and if to achieve this they have to pay half of their income to the goverment so be it. Perfect. Gile perfect kind of living. Ko ado?
3. Less Crime
According to them ( Denmark people) in Denmark there are no homeless people. Kalau diorang takde keje, kerajaan akan bantu sampai diorang dapat kerja and also bantu carikan kerja according to their interest. So tak payah risau pasal tak makan ke hape. Dan nampaknye orang Denmark juga bukan materialistik, since diorang sanggup bayar cukai sebanyak itu. kalau diorang mate duitan harus pindah dok negara lain. So I guess because of that tak banyak jenayah berlaku kat negara itu sebab takde orang yg sangat susah sampai terpakse mencurik, dan takde orang yg sangat tamak yang sanggup merompak, menculik, mengedar dadah. Dan takde orang yg tak siuman sampai sanggup merogol and menagih dadah since medical kat sane free, kalau tak siuman g dapatkan rawatan. Tapi cemane nak jadi tak siuman kalau hidup happy and tak stress?
Diorang kat sane boleh selambe tinggalkan anak kat cafe kejap utk g toilet ke ape and boleh selambe tinggalkan baby dalam stroller kat laman rumah, baby tido nyenyak katenye, kat luar kan berangin, while the parents kat dalam rumah buat keje rumah with no worries. Kite sanggup? tinggal anak lam kereta nak bukak gate rumah pon tak berani, kereta boleh kene curik ngan anak2 sekali dicurik.
4. Non materialistic
Ade ke perkataan tu? but you know what i mean. Kat sane mostly mengamalkan hidup bersederhana. Rumah diorang cantik, modern bagai tapi barang2 dalam rumah sangat minima. Diorang beli yang perlu sahaja. Takde macam kite, almari baju sampai penuh tak muat2 pastu pening kepala nak carik baju susah pastu g shopping mall nampak sale nak beli lagi baju. Kalau kite g IKEA tu tgk banyak bilik2 kecik yg ade storage2 tersembunyi tu, rumah diorang kat sane mostly memang macam tu. Rumah kecik, barang tak banyak and barang yg ade disimpan rapi lam storage2 tersembunyi supaya rumah kecik tak nampak sepah. Oprah kagum gila tgk betapa keciknye rumah diorang kat sane padahal anak 5 orang. Less space, Less stuff, More life ( something like that) kata orang Denmark tu.
Diorang kat sane jugak banyak berbasikal and berjalan utk kemana2. Kira kereta tu kalau nak g jauh sgt baru bawak la. Tapi memang kebanyakkannye berbasikal even ke tempat keje. Menjimatkan cost dan tak mencemarkan dan tak menyesakkan bandar. Ini kat Copenhagan ye, bukan pekan2 kecik ke ape, bandar ye. jalan raye diroang tak sesak cam KL, diorang pon tak stress dalam jam cam orang KL pastu balik keje marah2 sebab tention kene tempoh jam hari2 ( very familiar ). Nyesal lak aku berenti MAS awal sgt, kalau tak mesti boleh dapat tiket free g copengahan. But then again, MAS takde flight direct g Copenhagan kan? Kurang menyesal.
5. Working hour ends at 4pm
How great is that. I gues since they are not materialistic kind of people, money is not everything for them and you dont have to work as if there's no tomorrow. Working hour habis terus je la balik pastu dinner sama2 dgn family 8pm dah masuk tido. Ini on working days sibuk keje bagai nak gile sampai tgh malam sebab nak dapat elaun/overtime lebih kalau tak cemane nak tanggung belanaj hidup kat Kl ni dengan hutang kereta lagi, sewa rumah lagi, nak shopping lagi pastu on weekend g berjoli sakan sebab nak hilangkan stress and tention keje....arghh...Does this sounds like a happy life?
6. One year maternity leave
Wowweeeyyy. Yang ni paling jeles ye. Kite nak tambah sebulan cuti bersalin from 60 hari jadi 90 hari pon berkira ya rabbi. Ini selamba je cuti setahun. Mereka mementingkan kesihatan dan kekeluargaan. gaya hidup sihat ya. Adakah productiveti negara mereka merosot kerana pekerja wanitanya cuti bersalin setahun? Adakah negara mereka jadi miskin sebab kene tanggung kos bersalin semua ibu2 disana? Adakah company2 disana bankrap kerana semua staff perempuan yg bersalin dapat cuti bersalin setahun? fikirkan2 lah dan selamat beramal.
7. Free thinker
Yang ni agak sensitif la sebab kebanyakkan diorang tak percaya tuhan and they say that church diorang lengang. Diorang jugak tak percaya dengan konsep semua pasangan mesti berkahwin. Oprah said even American pentingkan pasanagnnye berkahwin. Memang lah tak semua tapi mostly are still pro to get married and the concept of " if you want to stay together forever and have family you must get married". Tapi orang Denmark tak macam tu. Ade yang dah ade 3 anak baru decide nak kawin. Ada yg tak kawin sampai sudah and takde sape kata ape. Takde makcik2 yang asyik sibuk tanye " bile la ko ni nk kawin, umur dah dekat 30, nanti jadi anak dara tua baru tau"...blah blah blah.
Aku tak pulak sokong konsep tak percaya tuhan and bersekedudukan dan maksiat ni. Gile. Aku percaya tuhan. Tapi at least diorang tak buang anak2 luar nikah diorang. Tak macam orang kita. Bila dah termengandung, beranak senyap2 pastu lelaki tak nak bertanggung jawab, perempuan tak tau nak buat ape and cemane nak mengadap orang tua, takut orang tua malu dengan orang kampung yg for sure akan mengata berkoyan2 lalu si perempuan decide to membahayakan nyawa dengan bersalin senyap2 kat toilet hostel/rumah sewa, kalau ade complication ke nasib lah, pastu baby tu nanti buang je dalam jamban/longkang/sungai/bakul sampah/semak/tepi jalan, takpe janji takde orang tahu dan orang tuanya kat kampung tak mendapat malu.
Pada aku kita wajib percaya pada tuhan. Tapi kite kene tukar tabiat suka mengata orang. Biar lah anak orang tu perangainye macam mane pon makcik2 janji dia tak kacau kita. jangan sibuk mengata anak orang sebab kite tak tau anak2 kite esok ape pulak yang dibuatnye ( aku pon ade anak2 jugak so mengingatkan diri sendiri jugak). Baik jaga rumah tangga kite sudah. Lagi pon mengata orang kan berdosa.
So ade sape2 nak jadi warga Denmark?
p/s: aku skit gigi tapi tahan je la sebab nak g dentist mahal.
Wednesday, March 2, 2011
Lets eat
Harini takde nak sembang panjang, just nak cerita pasal makanan, makan tghari tadi, dan makan tengahari yg lalu. Kira sesi tayang makanan yg belum pernah ditayang disini walau pun sebenarnye kejadian sudah lame terjadi tapi lupe nak upload gambar ( or rasenye sebab at the time aku takde internet sebab tu gambar2 tu jadi tukun)...
Today's lunch, aku bakar ayam and vegi. Cepat dan mudah. Just campur je semua bahan tu, salt,pepper,cajun,italian herbs,paprika and olive oil dan masuk lam oven.
Tuesday, March 1, 2011
Lets talk about day 27th
Today is day 27th of my confinement which mean that Amani dah 27 hari. lagi 3 hari cukup sebulan. Tak sabar rasenye nak tunggu anak membesar dan menembam, bertambah pandai senyum, ketawa and all.
Harini jugak adalah the first day aku dan Amani tinggal berdua kat rumah. Iman kami hantar kerumah babysitter. Rase bersalah sgt hantar dia kat sana sedangkan aku tak keje pon, tapi nak buat cemane, aku tak boleh nak handle both Iman and baby without feeling stress. Iman seorang budak yg sangat lah active, tak reti dok diam and tak berenti bercakap. Always ade bende yg dia nak. Mungkin bila adik dah besar sikit OR kalau aku bukan dalam pantang aku boleh nak handle both kids tapi right now, better not. Dah cuba dah for a week last week and macam2 bende jadik.
Ade satu hari tu pagi2 aku dah menangis sebab Iman tumpahkan air atas sofa. I know, drama queen sgt nak nagis sebab air tumpah, tapi aku stress, dah la tak cukup tido sebab baby berjaga the night before, dia kene sembelit ( maybe because of something i ate, poor Amani), abang pulak bangun awal jerit2 nak ribena pastu g tumpahkan atas sofa. Mama terus rase cam nak tarik rambut cam org gila. Kene marah jgn cakap la, selalu sgt rasenye Iman kene marah dgn aku, kene cubit, kene jentik, kene lempang sebab aku geram ngan dia, dah pandai melawan cakap. Tapi pastu kesian pulak sebab nanti dia ingat aku dah ade baby tak sayang pulak kat dia. Sebab tu la rasenye baik hantar dia kat rumah babysitter je, supaya takde la dia bergaduh dgn aku, and aku boleh rehat kat rumah and concentrate kat baby sorang. Orang kata dalam pantang pon tak elok stress2 kan. Tapi bila Iman takde ni rinduuuuuu pulak kat dia (sebak jap)...see emosi tak stabil ye, hormon masih belum seimbang sepenuhnye, so maafkan mama ye, bukan taknak jaga Iman but this is for the best.
So, harini aku berjaya masak sendiri, for the first time during confinement ni aku masak sendiri, before ni mak or laki aku yg masak. So harini since aku free (wohoo) aku masak prepare la lunch aku sendiri. Bubur nasi with Ikan bakar and stir fried vegi. Lauk org pantang, camtu la. Ikan tu kadang2 laki aku buat sup or masak pindang, tapi sayur memang itu la yg aku makan. sawi ngan lobak putih. Sip baik la sawi memang feveret aku so takde hal la.
Minum petang plak aku buat sandwich pisang. Pisang Dole tu tinggal sebijik je, cam dah masak sgt so baik dimakan bersama roti and chess.
Sip baik dalam pantang ye, kalau tidak mau aku buat cake and cookies bagai. hehe. Anyway, bagus jugak menu orang berpantang ni kan, semuanye rebus2 and takde minyak. Memang bagus utk orang yg nk diet terutamanye ibu2 baru lepas bersalin cam aku. So far aku dah turun 10kg. Mase pregnant haritu berat aku 79kg, sekarang dah 69kg. berat sebelum pregnant is 64kg. So turun lagi 5kg dah dapat berat asal. Tapi lagi best kalau dapat berat ideal, 57kg. emmm...
Plan utk buat exercise every morning since Amani memang kuat tido pagi2 tapi tak sure bila boleh mula. Time sekarang ni boleh ke buat sit up or exercise? sekarang dah 27hari, memang badan rase kuat tapi aku takut la dalaman masih lum cukup kuat ke ape, karang aku beria2 buat sit up tiba2 memudaratkan pulak. So, tunggu lah dulu. Laki aku pon kata tak payah sibuk nak jaga badan dulu, makan bende2 berkhasiat, bagi sihat dulu. BAIK.
Harini juga aku dapat layan Amani lebih sikit kan, ( selalu nk mandi pon tergopoh2 sebab Iman pon nk masuk lam besen mandi baby sekali,hehe), so mama laramkan la baby ni ngan baju baru. Thanks to uncle bidi for the cute outfit, siap ngan riben kepala, sesuai sgt utk baby girl yg muka cam boy macam Amani la..hehe...
Gegirl umur 27 hari.Dia tak pandai senyum tapi sgt suka kerut dahi cam banyak berfikir plak, ape dia pikir agaknye.